Ingat lagi kepada Astora Jabat? Ala.. penulis yang bikin kontroversi dalam ruangan Utusan Mingguan setiap hari Ahad tu.
Dikhabarkan Astora Jabat akan bertanding dalam pilihan raya Thailand atas tiket Parti Harapan Baru (NAP) yang dinaungi bekas perdana menteri Jeneral Chavalit Yongchaiyud pada 3 Julai ini.
Astora akan bertanding di parlimen Ruso - salah satu daripada empat kawasan majoriti Melayu-Islam dalam Wilayah Narathiwat, di Selatan Thai - yang juga kampung kelahirannya.
"Saya diberi tawaran oleh Jeneral Chavalit kerana melihat jasa saya dalam bidang kewartawanan dan menolong bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.
"Beliau (Chavalit) kata kepada saya, kalau awak tolong (orang) di Malaysia, kenapa tidak boleh tolong (orang) di sini," kata Astora.
Astora - bekas ketua pengarang Al-Islam - berkata menghadapi persaingan enam penjuru dengan tiga daripada dijangka memberi tentangan sengit.
Ditanya peluangnya untuk memenangi kerusi tersebut, Astora berkata beliau "tidak takut dan tidak bermasalah" kerana mendapat sokongan meluas di Ruso dan kawasan sekitar dalam wilayah tersebut.
"Saya ada sekolah sendiri, sekolah untuk orang Melayu... Saya mempunyai ramai ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat di Ruso," katanya.
Lebih 40 parti akan turut serta dalam pilihan raya Thailand kali ini. Parti Pheu yang dianggotai Yingluck Shinawatra - adik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra turut mencuba nasib.
Sementara itu, ditanya mengenai situasi politik di Selatan negara itu, Astora berkata rata-ratanya penduduk masih dalam ketakutan dan terancam keselamatannya ekoran sering berlakunya kejadian tembak menembak hampir setiap hari.MK
Eh eh eh bukankah dia dulu rakyat Malaysia.????...sebab tu lah di gaji untuk menulis dalam utusan malaysia.Ulasan beliau sangat di sanjung oleh parti pemerintah pada masa tu....apa dah jadi rupa rupanya penulis upahan dari luar...ish ish ish padan muka aku kerana telah terbaca tulisan dia dulu dulu.
ReplyDelete