Dedah Perkara Sulit, Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul



PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
Antara babak dalam filem Kongsi

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.-mstar

7 comments:

  1. ANAK MAT SABUN
    PEKIDA ?? Perjuangan???
    Wakakaka..Apa yang di perjuangkan Pekida nie, ce citer..ceciter???
    Yang orang melayu tau perjuangan Pekida nie, tarik kete, tarik moto, jadik bouncer , gado sesama melayu, berlagak biler da ramai, itu ker nama perjuangan?? Ceciter, ceciter, kalo betul Pekida memperjuangakan yang Haq, aku pon nak masok, kena bayar yuran keahlan tu...tak tau ar duit yuran tu semua kemana, tak kan Abg Long kawasa yg pakai, @ ayahda yang pakai...wakakaka..sakit perut ketawa biler tau yang Pekida ni ada memperjuangkan sesuatu.

    ReplyDelete
  2. Anon 9:20. Ko pernah kena pukul dgn geng pekida ke bro? Klu pernah cer citer knp kena pukul. Boleh kita kongsi2 pengalaman berharga tu.
    Klu kereta ko pernah kena tarik, itu salah ko sndri sapa suruh lari byr hutang.

    ReplyDelete
  3. jadi samseng bila ada kwn kat belakang....
    yg hairannya..musuh dia, orang melayu sendiri..
    sedarlah abang long wilayah...samsul yusof buat cite betul...
    Lu abang long ka..Lu Ayahanda ka..lu ingat gua heran...hak tuiii..

    ReplyDelete
  4. Napa cment mcm 2..? ktuk2 pas2 ltak anonymous.

    ReplyDelete
  5. ANAK MAT SABUN
    Ok..bagi yang nak backing Pekida, ceciter apa perjuangan mereka, kalo betul elok, aku pon nak masok..perjuangan yang Haq babe..ceciter..ceciter..apa perjuangan mereka..

    ReplyDelete
  6. ANAK MAT SABUN
    Ok..bagi yang nak backing Pekida, ceciter apa perjuangan mereka, kalo betul elok, aku pon nak masok..perjuangan yang Haq babe..ceciter..ceciter..apa perjuangan mereka..

    ReplyDelete