Doc Sengai Yang Suruh Isteri Layan Suami Macam Pelacur 1st Class!

Gambar Hiasan
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti
pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.
Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed (gambar atas).

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.
Mula sekali AS secara peribadi setuju la dengan penubuhan kelab TAAT ni. Bagi AS baguslah dan tadak sebarang masalah. Cuma ada satu hal saja berkaitan stetmen Doc ni.

AS nak tanya sesuai ka guna perkataan 'pelacur' untuk panduan bagi menyuruh isteri beri layanan terbaik untuk suami?? Macam mana doktor ni tau servis pelacur tu terbaik? ada kajian ka? Musykil sungguh AS! macam dah tak dah perumpamaan lain dah?

Tak nak tanya ka Dr Rohaya Mohamed ni layanan yang diberikan oleh pelacur kelas atasan tu mcmana?Hissh kalau nak bagi pengajaran dan tips sekalipun kenapa perlu pelacur dijadikan contoh? Dr lah sangat! mangkaQ!

Ni pendapat AS, hangpa nak kata apa, kata laa....

5 comments:

  1. TG Shehx Nik Al-Qhawareej As-Syiah ArboqiJune 6, 2011 at 1:48 AM

    orang pAS kot....

    ReplyDelete
  2. China doll dalam video Al-Juburi siap hisap anuWar. Kena ikut macam tu ka? Kalau suami teringin nak main belakang, macam mana? Kena izinkan ka? HamPAS punya idea. Buat malu Melayu & agama Islam saja. Nampak sangat orang kuat agama, kebanyakan gila sex.
    Lebih baik buat kempen hapuskan iklan 'Ubat Kuat', terutama dalam Harakah.

    RD

    ReplyDelete
  3. Patut nama kelab isteri taat ini jadi KETAAT, maknanya layanan lebih dari anak dara.

    ReplyDelete
  4. Bagus lah gitu,, tetapi ad baik nya dalam mentaati suami dengan layan terbaik dan terkelas, fikrkan juga cara lain, berdoa dan minta lah di suami mematuhi dan taat kepda allah dan rasul serta mengikut sunnah nya.

    Jika si isetri hebat, tengah mask pun perlu layan suami , apa cerita dengan anak-anak yang tunggu makanan utk dimakan.

    Saya cadangkan agat kelab ini mencari alternatif tambahan supaya si isetri menjadi taat dan lebih abik dengan merelakan sisuami mengikuti sunnah dengan memberi peluang kepaDA SISUAMI MEMBUKA CAWANGAN lain, Jika begitu semua kehidupan dan putaran alam menjadi kan lebih terbaik dari yang baik.

    Izinkan sisuami kahwin dua, tiga atau empat sentiasa diredhai Allah dan si isteri yang redho lebih mendpata manafaatnya.

    ReplyDelete
  5. Wah! rasa2 Dr Rohaya ni sure mempraktikkan layanan ala pelacur 1st class utk laki dia.

    ReplyDelete