Jangan terkejut, Datuk Seri Farid kita yang memang meletup ini bukan diberhentikan daripada MPB, sebaliknya jawatan lebih hebat dikhabarkan bakal diamanahkan kepadanya.
Cik Normah tak tahu sejauh mana kebenaran gosip berkenaan, tetapi kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Sekarang ini sudah kecoh desas-desus mengatakan Farid antara calon yang akan dilantik sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Entah betul, entah tidak, memang Cik Normah tidak dapat nak pastikan, tetapi itulah cerita yang sampai ke telinga Cik Normah.
Amboi! hebat sungguh Abang popular yang seorang ini. Daripada dikurniakan gelaran Datuk Seri hasil sumbangannya dalam bidang penyiaran negara dan kini bakal bergelar Menteri pula. Cik Normah memang tumpang gembira sekiranya berita itu benar belaka.
Kalau betul Farid menjadi orang nombor satu di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), bermakna RTM, FINAS, Istana Budaya akan berada di bawah tanggungjawabnya. Bagus juga tu, sekurang-kurangnya bolehlah Farid membawa perubahan baru terutama kepada RTM.
Bukannya apa, Cik Normah tengok RTM bagaikan agak sukar sikit untuk berkembang. Kalaupun usia sudah mencecah senja, janganlah kita hendak menjadi suram.
Sebaliknya, apabila usia makin meningkat, RTM pun kenalah lebih produktif, agresif sesuai dengan pengalaman yang dimiliki. Ini tidak, ia seakan-akan suram dan muram saja.
Cik Normah memang tak sabar nak tengok Datuk Seri Farid mengubah struktur RTM. Kalau tak semua, dapat ubah sebahagian pun jadilah. Biarlah RTM tidak lagi digelar stesen penyiaran yang sudah senja. Bila lagi nak berubah kalau asyik di takuk lama saja kan? - SUMBER
AS: Bleh caya ke sumber ni? Khabar angin saja kot..
PRU13 dah dekat. Bagi AS, DS Najib Tak Payah Lah Buat Rombakan Kabinet. Tumpukan dengan apa yang ada sekarang. Nanti bila dah reshuffle, ada pulak yang makan hati, sabotaj parti tak terkecuali. Hehehe..
Sapa yang pegang jawatan menteri & Tim Menteri sekarang ni teruskan buat kerja dengan lebih komited. Apa-apa keputusan sekalipu pun, jangan lupa! Dahulukan rakyat dalam apa jua tindakan!
Tukar Menteri Penerangan ni sy setuju sangat ... di RTM setiap malam pasti ade gambar menteri ini disiarkan.
ReplyDeleteMungkin Menteri Amaran pun patut ditukar juga.
Harap je lah ... tak kan terjadi.
Bagus sekali orang muda tentu banyak idea. Tapi macamana pun rtm tu kan jabatan kerajaan..banyak prosedur dan surat pekeliling kena ikut lain le swasta tak banyak prosedur, peraturan kena ikut, boleh ubah bila-bila perlu, duit nak belanja tak susah tak banyak kerenah minta apa-apa yang patut dapat hasil masuk pun banyak. RTM? nak siap bola pun susah....
ReplyDelete