Harga Barang Tengah Naik, ASTRO Pun kalut Nak Naik Gak!


Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro di sini hari ini, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan.

“Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR.

“Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya.

Para pelanggan boleh menikmati lebih banyak program hiburan yang menarik pada masa akan datang, seperti acara sukan ditawarkan dalam HD termasuk Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier League, EURO 2012 dan Copa America Argentina 2011 dalam teknologi definisi tinggi.

Saluran baru melibatkan saluran HD pula adalah Discovery World HD, Sundance HD, sebuah saluran sukan sukan HD dan lebih banyak filem-filem dalam bentuk HD.

Program-program tempatan yang lain adalah Salih Yaacob….I Follow, MasterChef Malaysia, Ustazah Pilihan, Tutor TV dan banyak lagi program pembelajaran.

Para pelanggan juga akan menikmati Personal Video Recording (PVR) serta Remote Recording yang membolehkan program kegemaran pelanggan dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana sahaja anda berada.


TS ANANDA! TAK CUKUP LAGI KA KEUNTUNGAN YANG ASTRO NIKMATI SABAN TAHUN? PERLU KE DINAIKKAN DALAM KEADAAN SEKARANG?

2 comments:

  1. Dulu menteri ade kata ... peniaga tidak seharusnya menaikkan harga barang (perkhidmatan) sewenang-wenangnya

    Boleh ke menteri tu marah (beri kata dua) kat Astro ?

    Pengomen pernah tulis ... pakai banyak bayar banyak ... bila tarif letrik naik ... samalah pakai Astro ... bayar je lah ... kami tak mampu nak pasang Astro !

    Kalau lah menteri bayar semua dgn duit sendiri dan bayar kat kaunter ... barulah mereka tahu penderitaan rakyat.

    Kerajaan ni masih dibuai mimpi ... 1Malaysia diterima rakyat ... sedangkan rakyat menderita !!!

    Nak jadi macam PRU12 jugak ke ?

    ReplyDelete
  2. cibai betoi la ananda ni.....cerita berulang2...membosankan.....tu pon nak naik rege lagi??aku langgan astrok ni pon pasai nak tgk sport je...ni la akibatnya kalau xda saingan....patut ada 1 lagi compny mcm ASTERUK ni....baru la dorg boleh bersaing bagi best servis dan best price....kalau mcm ni aku nak pasang parabola je kat rumah....baru puas hati aku

    ReplyDelete