AS bawakan luahan dari ruangan forum utusan Malaysia untuk tatapan kita bersama. Selalunya hal-hal negatif @ kesilapan saja yang selalu 'diambil perhatian' terutamanya dari parti politik pakatan haram dengan tujuan untuk mendapat political mileage.
Konklusi, dalam setandan pisang, hanya ada satu dua saja yang buruk. Ramai lagi pegawai kerajaan terutamanya Polis yang benar-benar berkhidmat secara ikhlas dan dedikasi.
Terima kasih Khairul, Azman dan syabas Balai Polis Seri Kembangan
PADA 9 Jun 2011, saya ke Balai Polis Seri Kembangan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak polis. Ketika itu sudah hampir pukul dua pagi. Sebuah kereta peronda polis dengan dua orang pegawai iaitu Khairul dan Azman di dalamnya menemani saya ke Puncak Jalil.
Tujuannya adalah untuk memastikan keselamatan saya tidak terancam apabila menguruskan satu masalah keluarga. Kenderaan polis itu dipandu dengan perlahan atas permintaan saya disebabkan keuzuran kereta dan usia yang meningkat. Saya juga tidak biasa dengan kawasan itu. Dua orang penghuni di sebuah rumah dihubungi melalui telefon untuk keluar dari rumah. Dengan kebijaksanaan dua orang pegawai polis itu, kemusykilan itu dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Jam ketika itu menunjukkan hampir pukul empat pagi. Namun begitu, dua orang pegawai polis itu sanggup menghabiskan masa yang agak lama untuk berbincang dan memberi nasihat serta tunjuk ajar yang berguna kepada saya untuk tindakan susulan kelak.
Mungkin disebabkan terlalu terharu dengan jasa baik dua orang pegawai polis itu, tiba-tiba saya menghulurkan RM40 kepada mereka, RM20 untuk setiap seorang, untuk 'minum kopi' kononnya. Di luar sangkaan saya, kedua-dua pegawai polis itu menolak dengan serius. Selepas beberapa kali menghulurkan wang tersebut, Khairul pun menghalakan jari telunjuknya ke atas sambil berkata bahawa beliau berkhidmat untuk Maha Kuasa di atas.
Pemberian berupa wang secara ikhlas itu telah ditolak bulat-bulat oleh Khairul dan Azman. Sebagai seorang bekas pendidik, saya berasa amat malu ke atas perbuatan saya itu. Terbukti ada sesuatu nilai murni yang tidak ada pada diri saya.
Terima kasih Khairul dan Azman. Maafkan saya dan syabas kepada Balai Polis Seri Kembangan yang mendapat perkhidmatan kedua-dua pegawai polis yang berhemah tinggi itu. Ramai lagi insan kerdil yang perlu belajar daripada kamu berdua. Moga-moga banyak pahala yang akan disusuli kelak.
HSU KON POH Taman Salak Selatan, Kuala Lumpur
sayalah polis tu...
ReplyDeleteSalam, salam perjuangan. Blog tuan telah saya linkkan di blog saya dan saya juga follow tuan. Selamt berjuang, insyallah kita boleh bertukar-tukar idea.
ReplyDeletepemudadunjawi, betoi ka?
ReplyDeletehang kwn dgn chop gila elok la..
IBM, trima kasih, mudah2an
daripada aku kawan ngan choop gilatu.....lebih baik aku mee sepek pi cuci surau taman kami lagi baik.
ReplyDelete