Apa crita ni PAS? Dah tersepit bila majoriti orang melayu menolak PAS dengan tak semena-mena pas sudah tukar ka dasar perjuangan mereka? Jangan la kata nak perjuang ketuanan melayu! Nanti Big Bro DAP atau Pakm Sheikh kasi jerkah satu kali baru PAS tau.
Satu lagi jangan lupa! Jangan lawan cakap Pok Nik. Dia tak bangga pun dengan melayu. Apa ada dengan melayu katanya! NKP Pas Perlis jangan memandai-mandai bagi stetmen menongkah arus, nanti tak masuk surga kata Pok Nik sebab assabiyah atau semangat kebangsaan dikhuatiri mampu menjerumuskan diri anda ke dalam neraka.
Pas perlu juarai ketuanan Melayu, Islam
Pas perlu mengambil pendekatan memperjuangkan isu-isu berkaitan ketuanan Melayu dan Islam sekiranya berhasrat mengetuai kerajaan pada masa depan sungguh pun sekutu politik mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP enggan mengiktiraf perjuangan itu.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Mior Hassan Sazali Mior Hajjar berkata, ini kerana sentimen ketuanan Melayu dan Islam adalah dekat dikalangan pengundi muda daripada kaum itu yang menjadi kumpulan sasaran Pas.
Katanya, sentimen itu sangat dirasai di kalangan kira-kira empat juta belia yang masih belum berdaftar sebagai pengundi khususnya daripada golongan profesional Melayu.
"Walaupun mereka ada kesedaran berpolitik, tetapi mereka lebih terkesan dengan sentimen ketuanan Melayu Islam.
"Ramai di kalangan mereka yang masih kurang faham dengan pakatan pembangkang dan di mana peranan kita sebagai Pemuda Pas dalam menangani isu ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mewakili Dewan Pemuda Pas Perlis membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.
Tambahnya, Pas dilihat terkebelakang dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam sejak akhir-akhir ini berbanding Pergerakan Pemuda UMNO sedangkan perkara itu perlu menjadi keutamaan parti tersebut.
"Seperti isu kalimah Allah, pimpinan kita dilihat bercanggah pandangan sedangkan isu itu penting untuk menarik pengundi kalangan Melayu Islam kerana mereka adalah sasaran kita," tegasnya.
dasar munafiq hamPAs..
ReplyDeletehukum berubah2 ikut suka dia je
Salam AS.
ReplyDeleteYang aku tau Bangsa Melayu tidak penting dan tidak ada dalam PAS.
Ahli PAS hanya terdiri dari orang yang beragama Islam.
Mengapa tiba-tiba nak fikir tentang Bangsa Melayu.
Biarlah dan seelok-eloknya nafi terus yang Bangsa Melayu wujud di bumi bertuah ini.
Ayam tak patuk, itik tak sudu....
Proven that .....
ReplyDeletePAS is really hamPAS.