Dua individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook.
Individu terbabit didapati bukan saja mengubah suai gambar Yang di-Pertuan Agong dengan menggantikan wajah baginda dengan sebiji bola tetapi turut mengeluarkan komen mempersendakan ketua negara Malaysia itu apabila mengaitkannya dengan kemenangan Terengganu ke atas Kelantan pada final Piala FA, Sabtu lalu.
Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila itu disedari ahli Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) yang membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, pada jam 1.15 petang, semalam.
Berdasarkan akaun individu terbabit, Nik Rabani mendakwa menetap di Kota Bharu manakala Kay Shakila pula mendakwa menuntut di Universiti Teknologi Mara.
Ketua Penerangan Terengganu FC, A Rashid Ridha Muhamad, berkata tindakan dua penyokong terbabit disedari ahlinya kira-kira jam 9 malam kelmarin dan mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Individu berkenaan yang dipercayai penyokong Kelantan mendakwa Yang di-Pertuan Agong membeli perlawanan akhir Piala FA bagi memastikan kemenangan Terengganu.
"Sebelum ini, kita sudah menasihatkan dua individu berkenaan untuk menarik balik kenyataan itu menerusi laman Facebook milik Terengganu FC tetapi sehingga laporan ini dibuat, tiada tindakan diambil dua individu terbabit.
"Bukan niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi saya berharap polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua individu berkenaan," katanya yang ditemui di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan berkenaan.
Apa nak diamkan saja ke kelakuan kotor penyokong bola sepak Kelantan tu?
ReplyDeleteOrang2 seperti ini jika dibiarkan kencing belari, tak lama lepas itu dia mula main najis pulak.
Siapa nak kita salahkan, budak2 Kelantan ni ke , Nik Aziz, Ibu bapak mereka atau PIHAK ADA ADA KUASA BERTINDAK? itu pu kalau mereka tak tidur.
Tidur itu lebih sedap.
ISAkan saja pengkhianat2 negara utk menjadi pengajaran kpd yg lain.
ReplyDeleteCegah sebelum parah!