Lenkali jangan la tunjuk seolah-olah hamPAS tu maksum dan benci arak. Memanglah semua tau, lesen ni untuk orang Cina. UMNO pun lulus untuk orang bukan Islam jugak. Tapi beranikah Pok Nik bagi jaminan yang penambahan lesen ini takkan menarik orang Islam pun tumpang sekaki minum arak di Klate? Populasi kaum Cina ramai sangat ke Pok Nik?
Apa lagi puak hamPAS! Cepat baring tengah jalan dan tido depan opis Pok Nik dan MPKB!
hamPAS makin sesat! Desperado nak tambah undi cina kerna depa tau orang melayu Klate makin ramai menolak mereka.
Kerajaan Pas Kelantan kaji cadangan tambah lesen arak
KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan permis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu.
"Kita sedia mengkaji dan menimbang cadangan itu dan suatu perbincangan akan diadakan antara kerajaan negeri dan masyarakat Cina di negeri ini yang akan turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Negeri di sini hari ini.
Katanya, setakat ini MPKB telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain.
Tak salah, ini salah satu contoh konsep negara berkebajikan yg dicanang. Dulu masa nak tubuh negara ISLAM, wang hasil arak haram, sekarang sudah ubah ker ?
ReplyDeleteInilah akibatnya bila PAS dah tidak lagi menjuangkan Negara Islam!
ReplyDeleteBetul, PAS tidak lagi boleh harapkan undi kaum Melayu di PRU13 nanti.
Jadi terpaksalah buat baik dan ambil hati pengundi2 Cina.
PAS bodoh akan kecundang di PRU13 nanti!