Edisi Mesti Tau: Malaysia Negara Islam Tunggal Berjaya Urus Ekonomi Dengan Baik!

Malaysia adalah satu-satunya negara Islam di rantau ini yang ekonominya dapat diurus dengan baik, dalam suasana aman, kata pakar ekonomi, Datuk Mohd Salleh Majid.
Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) itu berkata, hasil bumi negara dari daratan dan lautan, boleh diurus dengan baik dan harus dikekalkan.

Timur Tengah, lokasi sekumpulan negara Islam, terus bergolak berikutan krisis politik dalaman yang gagal ditangani. Rantau itu sudah boleh dianggap sebagai `hapus kira? katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas cadangan perhimpunan Bersih di pusat bandar Kuala Lumpur, yang dijangkakan boleh membawa keburukan kepada ekonomi dan menjejaskan pelaburan domestik dan asing.
Atas desakan pelbagai pihak, perhimpunan itu akan dijalankan di dalam stadium.
Mohd Salleh berkata, perhimpunan itu sudah pasti lebih menarik media asing untuk datang ke negara ini dan membuat laporan yang rata-ratanya lebih memburukkan Malaysia.

Malaysia satu-satunya lagi negara Islam yang kukuh ekonominya. Lihat sahaja Pakistan, Afghanistan, Yemen, Libya dan Syria. Dapatkah ekonomi kita berkembang dan menarik pelaburan dengan pergolakan berlaku hampir setiap hari,?

Kita harus sedar dan berhati-hati terhadap anasir luar yang cuba mengganggu-gugat apa yang dikecapi satu-satunya negara Islam yang kaya ini,?katanya.

Malah katanya, kekayaan sumber asli negara belum diteroka sepenuhnya.
Beliau berkata, Malaysia seharusnya lebih mencontohi negara-negara Scandinavia yang tidak bising? sebaliknya memajukan negara mereka menerusi inovasi.
Katanya, negara-negara Scandinavia mencatat pendapatan per kapita yang tertinggi di dunia walaupun jumlah penduduk dan ekonominya kecil. ?BERNAMA

No comments:

Post a Comment