Ekonomi US:Dunia gementar!

Setiap bulan, ada satu statistik Amerika yang 'membahayakan' orang yang main saham atau emas-perak mahupun bond.

Ini data yang diperhatikan satu dunia kewangan, bukan saja di Amerika, kerana negara itu ialah ekonomi terbesar di dunia.
Memang ada beberapa statistik lain (GDP growth, inflation rate, CRB index), tapi yang paling penting namanya ialah Non-farm Payroll data.

Ia menunjukkan kekuatan atau kelemahan ekonomi US of A.
Berapa banyak kerja dapat ditambah dalam sebulan yang lalu - berapa pekerja ditambah kepada payroll majikan.
Ada perkataan 'non-farm' di depannya, kerana data itu TIDAK termasuk berapa orang pekerja baru di sektor farming.
Ini kerana ladang-ladang di Amerika (jagung, gandum, apel, lembu, babi, etc) akan mengambil ramai pekerja sambilan bila masa menuai atau musim sembelih, tapi lepas tu pekerja sambilan dihentikan kerja.
Jadi payroll yang diperhatikan dunia ini ialah setiap bulan berapa ramai pekerja baru yang diambil sepenuh masa oleh para majikan di Amerika.

Data untuk May baru keluar tadi.
Terkejut dolar Amerika, indeks saham Dow Jones, emas-perak, bond.
Malah, sejak beberapa hari ini, dah teruk pun pasaran satu dunia.
Ini kerana jika ekonomi terbesar di dunia lemah, dan rasanya akan terus lemah, maka barangan yang dikeluarkan satu dunia - lekronik di Maysia dan Singapork, tekstil Bangla, minyak-gas Arab, kasut Indonesia, benda kecik-kecik seperti paku dan pinggan dari China - semuanya mungkin tak laku sangat.

Jika ekonomi Amerika lingkup (recession), lagi hancus satu dunia, melainkan jika ekonomi kedua terbesar China, ketiga terbesar Jepun dapat berkembang pantas.
Tapi errr.... China pun lagi problem jugak - inflasi tinggi, harga rumah makin mahal hingga rakyat marah, sibuk gaduh nak bebas bersuara (eh, eh, sama macam Maysia! Sama macam Singaporkie!).
Ekonomi Jepun? Sejak 15tahun ni kat situ juga. Dan kerana baru kena gempanaminuke, lutut makin lemah.

Jadi non-farm payroll May untuk US yang keluar tiga jam lalu lebih penting lagi! Jika China goyang dan Jepun lemah, tapi US terus steady bagus sungguh.

Beritanya buruk - hanya 54,000 orang dapat kerja baru bulan lalu.
Ini jauh di bawah jangkaan para economists. Maknanya ekonomi US lebih lemah dari yang dijangka.

Jumlah orang tidak bekerja di USA ialah 9 peratus!
Maknanya jika ada 100 orang, 9 tidak bekerja. Dan mereka bukan baru hilang bekerja bulan lalu, tapi dah berbulan-bulan!!!

UNTUK kita di dunia sebelah sini, jika ekonomi Amerika terus begini, payah beb. Nak buka akaun emas baru pun makin takut, nak beli kereta atau rumah baru pun seram, sebab takut kena buang kerja dalam setahun dua ini.

Tak kira sama ada BN atau Pakatan jadi pemerintah. Benda-benda ekonomi ini - yang menentukan ialah negara besar, bukan Kak Mah atau Abang Nuar.-oped

3 comments:

  1. Kalau Mesia nak maju,
    Nak mencapai KDNK 10%,
    KLSE nak naik ke 3,000 mata,
    Gaji naik ke paras negara dunia pertama,

    Hanya satu je Najib kena lakukan

    LANTIK KJ SEBAGAI MENTERI KEWANGAN.

    ReplyDelete
  2. kalu kj nak jugak jwatan menteri kena offer pada najib utk lepas kan pemuda umno..najib mmg mahu pemuda yg kuat bersatu padu yg tiada blog2 lg

    ReplyDelete
  3. Aku Hensem

    KJ jd Menteri Kewangan????
    FUCK OFF!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete