LGE Musibat Sengaja Sabotaj Projek Pembangunan Di bawah agensi Kerajaan Persekutuan

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjawab isu kelewatan kerajaan negeri meluluskan permohonan agensi kerajaan Persekutuan itu untuk melaksanakan projek pembangunan khususnya projek perumahan di negeri ini.

Perda mendakwa kelewatan kelulusan permohonan untuk melaksanakan projek pembangunan hanya berlaku kepada empat agensi di bawah kerajaan Persekutuan iaitu Perda, UDA Holdings Berhad, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan JKP Sdn Bhd.

Pihak swasta hanya perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja, tetapi permohonan oleh empat agensi ini perlu dirujuk dahulu ke One Stop Agency (OSA) yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri.

Kenapa perlu wujud situasi demikian, bila ke OSA pula selalu tangguh mesyuarat sebelum luluskan permohonan, sedangkan projek pembangunan yang ingin dilakukan adalah (perumahan) mampu milik

Mengenai isu projek pembangunan yang dikendalikan oleh agensi di bawah kerajaan Persekutuan di negeri-negeri pentadbiran pakatan pembangkang tidak mendapat sijil layak menduduki (CF).

No comments:

Post a Comment