Menu 1 Malaysia - Breakfast Cuma Berharga RM2 / Lunch RM4

PIC HIASAN
Menu 1Malaysia boleh dinikmati hari ini

Mulai hari ini, rakyat boleh menikmati sarapan pada harga siling RM2 dan set juadah tengah hari pada harga RM4 di 728 premis makanan di Semenanjung Malaysia, yang mengambil bahagian dalam program ”Menu Rakyat 1Malaysia”.

Dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di premis ”Q” Bistro Nasi Kandar di sini hari ini, program itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian rakyat, yang kini menyaksikan lebih ramai makan di luar.

"Rakyat kalau kita tengok sekarang, sudah jarang makan tengah hari di rumah, kadang-kadang makan pagi pun tak sempat, jadi dengan pelancaran program menu ini, rakyat boleh membelanjakan hanya RM6 untuk makan pagi dan tengahari di kedai-kedai terpilih,” katanya kepada media selepas melancarkan program itu.

Ismail Sabri berkata, premis makanan terbabit dijangka meningkat kepada 1,000 termasuk di Sabah dan Sarawak, sebelum hujung tahun ini.

Beliau berkata, mereka yang ingin menyertai program itu boleh mendapatkan maklumat lanjut dari pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri

AS: CONTOH USAHA TINDAKAN KERAJAAN YANG PRIHATIN YANG INGIN MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT

4 comments:

  1. ish, mcm mana nak ke restaurant tu? kat Bandar Baru Bangi adotak?

    ReplyDelete
  2. Inilah kebajikan sebenarnya, klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, menu 1Malaysia, perumahan rakyat 1Malaysia...bukan setakat slogan kosong, angan-angan sorga, maki hamun, main bontot, main tut....

    ReplyDelete
  3. haha...ringankan beban rakyat kejadahnya...aku terlibat dlm cari kedai makan tuk stuju join program ni...menu pagi tu dh mmg hrga asal dia bwh rm2 bro...sma gak mcm tgh ari..lauk yg akan korang dpt just nasik putih+sayur+ikan temenung+sirap...sah2 mmg hrga d bwh rm4...xda apa yg untung buat rakyat

    ReplyDelete
  4. Tapi kpdnkk,

    kat shah alam ni,nasi putih,ikan goreng,sayur + sirap = RM5.

    Kau nak tipu apa cibai?

    ReplyDelete