Panas: Dek Kerana "Sikap Pendendam" Azmin Ali, Ada "Pemimpin PKR Pahang" Bakal Keluar Parti !!

Ini berita panas yang baru kami terima awal pagi tadi. Khabarnya ada satu "bom" akan meletup dan menggoncangkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang dalam masa terdekat ini. Kami tidak pasti maklumat ini sahih atau tidak.

Namun berdasarkan kepada laporan daripada pihak yang boleh dipercayai ia mungkin berlaku dan akan berlaku jika tiada perubahan dilakukan. Menurut sumber, ada beberapa orang pemimpin kanan PKR Pahang bakal "angkat kaki" dan tinggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. Antara mereka termasuklah beberapa orang kuat dalam ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang sendiri.

Kami akan cuba menyiasat maklumat ini untuk mendapatkan kepastian. Isu yang hangat diperkatakan jika perkara ini berlaku tidak lain kerana kecewa melihat PKR tidak mahu berubah. Maksudnya, Keadilan sepuluh tahun lalu lebihbaik dari parti yang ada pada hari ini.

Malah, kumpulan terbabit juga dikatakan kecewa dengan kepimpinan PKR yang masih gagal menyelesaikan masalah yang berlaku dalam pemilihan parti tahun lalu.

Hingga kini, ia dipandang sepi biarpun ada janji-janji manis daripada Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution mahu menyelesaikan segala permasalahan dua minggu selepas Kongres Nasional parti itu hujung tahun lalu.

Kini segalanya menjadi "carca marba" serta masih tiada berpenghujungnya.

Laporan yang dibuat dengan kos RM50 akhirnya terbiar begitu sahaja tanpa sebarang jawapan daripada pihak yang berkenaan. Malah, pihak terbabit juga dikatakan kecewa dengan senario terkini yang berlaku sekarang.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sudah mula menunjukkan kuasanya seperti yang dijangka. Azmin yang kononnya menganggap tidak akan bermusuhan dengan mana-mana pihak yang menyokong Zaid Ibrahim tiba-tiba melakukan tindakan sekarang.

Beliau mengatasai Presiden PKR, Wan Azizah Ismail dan Anwar Ibrahim sendiri untuk menentukan keputusan siapakah calon yang layak bertanding atas tiket PKR dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kini perkara itu direalisasikan dan Azmin dengan kuasa yang ada sebagai Pengarah Pilihanraya menggantikan Fuziah Salleh dikatakan telah mencaturkan orang-orangnya untuk menjadi calon. Malah, dengan beraninya menolak semua calon-calon yang tidak menyokong beliau pada pemilihan 2010 lalu. pahangdaily

No comments:

Post a Comment