Puak Pakatan Haram Termalu Lagi dalam Isu Air Asia!

Puak-puak pakatan haram (dap/pkr/pas) dengan penuh hipokrasi dan riuh-rendah semalam memukul gendang fitnah dan berburuk sangka telah menuduh kerajaan dengan pelbagai tohmahan disebabkan hanya rumours kononnya Airasia akan memindahkan ibupejabatnya ke Jakarta, Indonesia.

Aku harap lain kali siasat dulu apa sebenarnya yang dipindah tu dulu, jangan kerana sifat bodoh dan tuli anda menjadikan anda antara yang terbodoh dan terkeji.

Lain kali tolong siasat dulu cerita terperinci sebelum memukul gendang fintah wahai puak pakatan haramm! La ni siapa yang malu?

AirAsia Jelaskan Isu Ibu Pejabat Akan Dipindah Ke Jakarta

KUALA LUMPUR: Ibu pejabat syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd akan terus beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang, demikian menurut syarikat itu pada Isnin.

"Tiada sebarang rancangan ataupun petunjuk untuk memindahkan ibu pejabat syarikat keluar dari negara ini. Dan semua rangkaian pesawat kami yang berdaftar di Malaysia akan terus beroperasi dari LCCT," jelas syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan ringkas.

Syarikat penerbangan itu menjelaskan laporan sebuah akhbar yang menyatakan AirAsia akan memindahkan "ibu pejabat korporatnya" dari Malaysia ke Indonesia.

Jelas kenyataan itu lagi, pejabat di Jakarta sebenarnya akan dikenali sebagai AirAsia Asean, iaitu sebuah entiti yang ditubuhkan di bawah naungan AirAsia dan matlamat utama unit ini ialah bertindak sebagai pejabat perwakilan AirAsia dalam usaha mengembangkan jenamanya sebagai syarikat penerbangan "Truly Asean" dan memperluaskan operasi ke pelbagai kumpulan di rantau ini dari segi dasar penerbangan dalam lingkungan Asean.

Keputusan untuk menempatkan pejabat wakil di Jakarta berdasarkan semata-mata kepada rasional yang Sekretariat Asean berpangkalan di Jakarta, dan pejabat serantau di sana boleh membantu AirAsia mempersembahkan ideanya berkaitan dengan penerbangan serantau dan pertumbuhan pelancongan dengan lebih cekap lagi.

No comments:

Post a Comment