Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.
Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob, berkata keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di sini hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti. Beliau berkata, semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini. "Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.
"Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.
Katanya, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terbabit meminum minuman keras.
Zulkifli berkata, selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.
"Kita juga akan mempertingkatkan kerja-kerja operasi bersepadu di kalangan agensi penguatkuasa bagi mencegah orang Islam meminum minuman keras," katanya. -BERNAMA
Bagus la kalau cam tu,kalau kat tempat aku dah tentu kena maki ngan ronni liu..
ReplyDelete