Gerakan, Tak Bergerak Tapi Nak Makan!


AS menonton berita Awani sebentar tadi yang mana ada berita parti Gerakan telah berhasrat hendak menambahkan lagi bilangan kerusi DUN yang akan ditandingi dalam PRU13 ni daripada 31 kerusi kepada 35 kerusi di seluruh Malaysia!

Ayoyo.. Karawale..
AS kata tak payah lah kot!
Beri tumpuan terhadap seat yang ada tu dulu.
Jangan nak tunjuk tamak haloba sangat.
Kalau boleh menang satu hal! Ini tidak, Gerakan dilihat makin tak perform!
Buktikan dulu kat DS Najib yang Gerakan mampu tarik kembali undi kaum cina terutamanya.
Tak payah banyak, dapat 50% undi kaum cina dah cukup baik..

AS kalau orang tamak macam ni kita mau ajaq sikit!
Daripada 31 kerusi yang bertanding tu, serahkan balik pada UMNO di kawasan yang majority kaum melayu di kawasan tersebut! Ada berani?
Bagi betis nak paha pulak!

Koh Tsu Koon! You balik la Penang kerap sikit buat kerja!
Ni semua harap Teng Hock Nan! Cuba beri lebih tumpuan kat Penang ni!
Pikir macamana nak menang, nak tarik undi kaum cina di Penang! Ni tak, duk bertenggek saja kat Putrajaya tu!

Lihat di Nibong Tebal sudahlah! Parti Gerakan boleh dikatakan lumpuh sama sekali! Tiada usaha untuk menggerakkan jentera pilihanraya bagi menarik undi kaum cina mengundi BN. Dr Lim Boon Han yang merupakan Pengerusi Gerakan Nibong Tebal, kenapa diarahkan menjadi penyelaras DUN Bukit Tengah (Parlimen Batu Kawan)??

DS Najib lepas ni AS syor mau lebih bertegas lagi dengan beri syarat!
Sapa yang tak perform, parti mana yang tak perform, Presiden parti tu tak payah dilantik senator untuk menjadi menteri penuh.
Ini tidak, hang menang ka, kalah ka, semua jadi PakMenteri!
Depa pun goyang kaki la, sebab depa dah tau dah, menang ka, kalah ka, PM tetap lantik jadi Menteri!

3 comments:

  1. sokong, mohon UMNO cuba bagi idea utk ambik seat yg depa tak perform. hampeh betul la GERAKAN ni

    ReplyDelete
  2. Kami dalam PERKASA dah berjanji akan mengalahkan calon2 bukan melayu yang diletak dikawasan majoriti melayu jika Umno masih lagi berkompromi dgn kaum cina ini. Mereka dari parti apa pun, mentaliti mereka terhadap bangsa melayu tetap sama seperti DAP.

    ReplyDelete
  3. Setuju Anak Seberang!

    Utopia Baru menyokong. Tengok saja Palanivel. Kalah dalam pilihanraya, boleh dilantik jadi Senator dan di jadikan Timbalan Menteri. Baru-baru ni lepas aja jadi Presiden MIC, tiba-tiba dapat jadi Menteri di JPM. Sedangkan tak ada sebarang bukti yang ditunjukkan dari segi sokongan komponennya.

    Koh Tsu Koon pun kalah, tapi dapat jadi Menteri. Banyak Menteri yang kalah dalam Kabinet. Yang mintak seat banyak ni, semuanya yang kalah dan yang tak laku - dan dah kena reject! Barang reject ni orang dah tak nak. Duduknya kat "Reject Shop" je. Kredibiliti mereka dah hilang dan meletakkan mereka terus sebagai calun adalah risiko yang paling tinggi. Entah menang, entah tidak!

    Sebagai PENGUNDI kita kena set KPI pulak untuk wakil-wakil rakyat PRU 13. Ini akan diterimapakai oleh semua termasuk UMNO/BN. Mana yang dah kalah, tak perlu masuk senarai kerana merumitkan kerja dan menyusahkan kita nak menang!

    Kita tak nak main teka-teka. Bila kita letak calun, dia dah lulus 'screen test' dan PASTI MENANG! Standard dah naik untuk jadi Wakil Rakyat sekarang ni. Sudah ada 'higher expectation' oleh rakyat. Jangan menipu diri sendiri. Calun perlu dinilai "Credible" atau "Tak Credible"??? TAK CREDIBLE - CAMPAK KELUAR!!!

    ReplyDelete