KDN! Memang Sudah Tiba Masanya Zuraidah Di'ISA'kan!!

Tuduhan dan dakwaan minah senget ini sudah terlalu berat dan melampau kerana melibatkan kepentingan negara! AS desak KDN dibawah Hishamuddin kali ni kena bertindak tegas dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Zuraidah seandainya Zuraidah gagal mengemukakan bukti kukuh dan buat laporan polis terhadap tuduhan liar beliau!

Stemen Zuraidah kali ni memang tak boleh dimaafkan lagi! Tindakan keras dengan kadar segera perlu diambil bagi menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang lain agar selepas ini tidak lagi berbuat tuduhan liar dengan sewenang-wenangnya yang mampu menjejaskan kepentingan negara!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin mengemukakan bukti atau membuat laporan polis berhubung dakwaannya yang terkandung dalam satu laporan akhbar semalam.

Merujuk kepada laporan bertajuk “PKR Dakwa Program 6P Seludup Pendatang”, Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata kementerian menyifatkan dakwaan Zuraida sebagai tuduhan berat kepada kepentingan negara.

“Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya bertujuan mendapatkan data biometrik setiap pendatang tanpa izin untuk tujuan keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahmmod berkata data biometrik dapat meningkatkan keupayaan dan keberkesanan proses penguatkuasaan dalam menangani isu pendatang tanpa izin di negara ini.

Tidak berkompromi

Beliau berkata ini terbukti dengan kejayaan KDN menangani beberapa jenayah rentas sempadan, khususnya pemerdagangan dan penyeludupan manusia sejak sistem biometrik dikuatkuasakan di semua pintu masuk negara.

“KDN tidak akan berkompromi kerana Program 6P bukan agenda politik tetapi inisiatif penting yang menjurus kepada aspek kepentingan rakyat, khususnya keselamatan negara,” katanya.

Kenyataan itu menyebut Zuraida dipetik, antara lain, sebagai berkata hasil siasatan PKR mendapati program itu mensyaratkan pendatang tanpa izin supaya membaca “skrip bersumpah” menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional sebagai sebahagian proses pemutihan.

Beliau turut mendakwa program itu sebagai “cubaan untuk menjual kedaulatan negara”.
- Bernama

1 comment:

  1. Aku tengok muka makcik ni dgn muka nyonya yg bergambar tunjuk "barang" dia tu sama jer, tak nampak seri wajah org beriman. Sudah2lah makcik, bawak bertaubat. Ke nak suuruh org tayang gambar mcm nyonya exco selangor tu baru nak bertaubat?

    ReplyDelete