Kisah Pilu! Riwayat Politik Hassan Ali Yang Difitnah & Dilondehkan Oleh Puak Pakatan Sendiri!

Cubaan Exco Selangor, Hasan Ali untuk mengocak air tenang kerajaan negeri dengan isu serbu gereja bakal diketahui hari ini.

PAS Selangor akan menyatakan pendirian rasmi berhubung perkara serbuan ke atas Gereja Methodist di Damansara Utama (DUMC) Rabu lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat dihentam sebegitu teruk hingga DAP terpaksa berdiam diri mencari susur galur cerita yang sebenarnya.

Namun begitu, terima kasih kepada bekas pegawai polis yang menjelaskan isu ini, Zaman Khan yang sekaligus membuatkan persoalan serbuan ini kembali terarah kepada Hasan Ali.

Namun begitu, apa tujuan sebenarnya Hasan Ali berbuat demikian?

Kita mesti kembali kepada sejarah untuk melihat siapa dia sebenarnya

1999 Kisah Bermula

Hasan Ali memulakan penglibatan politik dengan menyertai PAS beberapa bulan sebelum pilihanraya umum ke 10, dan bertanding di DUN Sungai Burung dalam parlimen Tanjong Karang, Selangor.

Jangan lupa, tahun yang sama dia juga menang kerusi Parlimen Parit Buntar, Perak.

Kedua-kedua kerusi parlimen dan DUN dimenangi akibat daripada isu pemecatan dan pemenjaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 2 September 1998.

Bagaimanapun, dia bukan setakat mahu menang saja, malah lebih dari itu.

Projeknya pada masa itu adalah mahu menjadi Menteri Besar, dengan andaian Barisan Alternatif (BA) ketika itu berjaya menguasai Selangor.

Namun perancangan Allah lebih tersusun.

Hasan gagal jadi Menteri Besar kerana Selangor masih dikuasai Barisan Najis pimpinan Khir Toyo.

Dia cuma setakat jadi Ketua Pembangkang sebab PAS menang kerusi terbanyak di DUN Selangor.

Maka projek tersebut langsung berkubur tak berbatu nesan.

2004 Tak Terdaya

Cubaan kedua pada 2004 nampaknya membuatkan Hasan Ali tak boleh berbuat apa-apa.

Dia kalah di kerusi DUN yang sama di tangan Barisan Najis akibat daripada situasi yang memihak kembali kepada Umno setelah Mahathir berundur dan digantikan Pak Lah pada 31 OKtober tahun sebelumnya.

2008 Misi Hampir Terlaksana

Dengan penyusunan semula kawasan pilihanraya dan tsunami politik yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dengan sokongan padu, akhirnya Hasan Ali menang di kerusi baru yang ditandinginya, N 17 Gombak Setia, dalam parlimen Gombak.

Akan tetapi, walaupun Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor dengan menang 36 kerusi, Hasan Ali tetap tidak berjaya menjadi Menteri Besar seperti yang diidamkannya sejak 1999 lagi.

PKR menang kerusi terbanyak dengan 15, diikuti DAP 13 dan barulah PAS yang kalah kebanyakkan kawasan yang ditandinginya di tangan Umno cuma menang dengan lapan kerusi.

Hasan Ali masih lagi tak puas hati, kerana pada akalnya, jika PAS tak bersama Pakatan Rakyat, sebaliknya ber"asmara" dengan Umno, dia akan perolehi cukup kerusi untuk bentuk kerajaan negeri.

Umno menang 20 kerusi manakala PAS menang 8 kerusi, seri dengan Pakatan Rakyat gabungan PKR dan DAP yang juga punyai kerusi sekiranya PAS angkat kaki dan tubuhkan KERAjaang PerpaduWang.

Perancangan mewujudkan KERAjaang PerpaduWang dirancang asalnya oleh bekas Menteri Besar sendiri, Khir Toyo dan Hasan Ali.

Malam sesudah Pakatan Rakyat merampas Selangor, Khir menelefon Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS negeri untuk menyatakan hasrat Khir yang terpendam...

Perancangan Khir, Hasan Ali cuma perlukan beberapa ADUN dari PKR saja untuk melompat.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi, dan majoritinya kawasan Melayu di luar bandar seperti Sungai Besar, majoriti kawasan Cina seperti Subang Jaya dan campuran majoriti India seperti di Ijok, Kuala Selangor.

Masa itu, DUA ADUN PKR khabarnya akan melompat dengan bantuan Umnomenjadikan jumlahnya BN 30 manakala Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) cuma tinggal 26 kerusi sahaja.

Di sinilah bermulanya espiod "tarik-tali" dan "sembunyi-sembunyi" hinggakan mengheret Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dan timbalannya ketika itu, Nasharuddin Mat Isa ke dalam "perangkap" yang dipasang Hasan Ali!

Umno telah menyatakan bahawa Hasan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang.

Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan.

Pada masa itu, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya.

Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa.

Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.

Semasa rampasan kudeta di Perak pada 2009, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang.

Dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan.

RM10 juta lagi dibayar apabila semuanya selesai.

Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.

Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi.

BN membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.

Berbalik kepada kisah Hasan Ali di Selangor, sewaktu hampir-hampir KERAjaang PerpaduWang terlaksana, tiba-tiba kesemua yang dirancang gagal juga.

Usaha berbulan-bulan dengan air liur Khir dan Noh Omar serta direstui Pengerusi Umno negeri, Najib Razak punah.

Hasan Ali terkedu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mengarahkan semua rundingan dengan Umno ditamatkan atau berdepan dengan tindakan keras.

Hadi Awang tiba-tiba senyap seolah-olah dia langsung tak tahu apa yang berlaku.

Sejak gagalnya KERAjaang PerpaduWang, Hasan Ali seolah-olah membalas dendam.

Satu persatu isu timbul demi mencetuskan kocakan dalam Pakatan Rakyat.

Isu penjualan arak di Selangor hingga memaksa Ronnie Liu bersalaman dengannya, pembiayaan dan peruntukan kewangan negeri yang diberikan disalur kepada rakan-rakannya yang ramai dalam Umno, adalah contoh beberapa hal yang sengaja direka untuk mencalarkan imej kerajaan negeri.

Tidak ketinggalan, hubungan rapatnya dengan Pengerusi SYABAS, Rozali Ismail yang berjiran dengannya hingga membawa isu penajaan syarikat berdarah Umno itu dalam Muktamar PAS di Selangor pada 2009 ekoran kemenangan Pakatan Rakyat turut sama jadi bahan panas.

Apa yang mahu dimaksudkan di sini adalah, bukan sekali, bukan dua kali, malah berkali-kali Hasan Ali menggunakan akal otak dan bukan berpandukan Al-Quran dan Hadith dalam membuat keputusannya.

Hinggalah ADUN Meru, Dr Rani Osman mengamil alih usai Muktamar PAS yang lalu, barulah nama Hasan Ali senyap dari persada politik Selangor.

Dan serbuan terbaru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dikaitkan dengan Hasan Ali nampak segalanya muncul kembali.

Soalannya, apa tindakan PAS terhadap beliau?

Apa pula yang mahu dibuat oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim?

Apa kedudukan Hasan Ali selepas penjelasannya pagi ini??

Buat penulis, kesimpulannya cuma satu.

Hasan Ali adalah jelmaan Ibrahim Ali.

Bukan dalam Umno, tetapi buat Pakatan Rakyat.

Hasan Ali dan Ibrahim Ali, kedua-duanya sama saja.-Jalan Pulang-


AS:Lihatlah, puak ham PAS sanggup memfitnah dan perburukkan pemimpin mereka sendiri hanya kerana beliau mahu pertahankan akidah umat Islam. PAS dah terang-terangan menjadi hamba kristian yang mana di Selangor diterajui oleh Teresa Kok.

PAS sanggup bergelumang dalam noda dan boleh terima keadaan akidah umat Islam boleh dijualbeli demi menjaga hati dan menjadi pecacai tuan mereka iaitu DAP!

No comments:

Post a Comment