Panas!! Pelajar Islam Dedah Di Ajar Nyanyi Lagu Kristian!

Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) berhubung satu ruangan kolum akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam. Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat. Ruangan Cuit-Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia oleh editor kanan Zaini Hassan hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu. Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut.-fmt-

5 comments:

  1. Bagus juga pendedahan ini. Tapi kena cek dulu fakta ini kerana pelik juga cik gu india pegi mengadu kat zaini hassan dari utusan malaysia. Kenapa tak cari ustad2 di JAKIM berkenaan hal ugama islam. Zaini hassan bukannya ustad macammana boleh jumpa dia. Tak lojik cerita ni...siasat dulu jangan terburu-buru dengan keadaan sekarang yang gamat isu murtad.

    ReplyDelete
  2. adakah guru2 melayu islam pun dh terdedah kepada kristian sehingga perkara ini boleh berlaku kepada anak murid islam..

    ReplyDelete
  3. datuk masita, jamil bahron jgn senyap jer..

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya Cikgu tersebut telah buat aduan kepada JAWI pun tapi takde tindakan. dah adu pada pihak sekolah juga...akhirnya dia maklumkan pd Dr Riduan Tee yg mana Dr Riduan pun telah sebutkan dalam penulisan beliau dlm utusan dan juga beliau maklumkan kepada En Zaini Hassan.
    Entah apa yg difikirkan oleh mereka2 yg bertanggung jawap tu pun tak faham, malas kot.

    Menteri2 diJPM tu Dato Jamil Khir apa lagi takkan nak diam menyepi kot...

    ReplyDelete
  5. dulu masa saya sekolah dia org berselindung di balik kursus mengajar bahasa inggeris percuma. Siap bagi petikan2 bible dalam bahasa inggeris dan melayu untuk kami baca.

    ReplyDelete