PDRM Kena Saman RM5 Juta! Camne Spark Plug Diguna Pecah Cermin Kereta! (Vid)
AS:Amboi, senangnya kerja! Senang-senang nak kaya cepat nak saman polis RM5 juta woo! Polis tangkap budak-budak tu sebab ada barang kes untuk dijadikan budak-budak tu sebagai suspek!
PDRM buat kerja dia. Kalau dia buat lembut lembai habislah semua penyamun penyangak bermaharaja lela di Malaysia ni!
Jangan jadi macam tipikal juak pakatan hram, semua apa yang polis buat serba tak kena! Esok kalu penyamun dan berlakunya kes jenayah, polisss jugak yang dicari!
Dua keluarga dekat sini mengemukakan saman RM5 juta terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan penahanan anak mereka yang dituduh terlibat dalam kegiatan samun dan pecah kenderaan.
Dalam pertemuan semalam, kedua-dua keluarga itu menyatakan rasa tidak puas hati berikutan penangkapan reman ke atas anak mereka.
Dalam kejadian 9 Ogos lalu kira-kira jam 1 pagi, Khairul Azani Mohd Lazawi, 21, Mohd Amir Anwar, 20, dan Mohd Khairul Liza Mohd Lazawi, 25, ditahan lima anggota polis menaiki motosikal berikutan penemuan dua palam pencucuh diubahsuai di dalam raga motosikalnya.
Mohd Lazawi Abdullah, 50, berkata, anaknya ditahan tanpa bukti kukuh.
“Sepanjang 17 hari ditahan anak saya dan rakannya dibawa ke Balai Kota Damansara sebelum dibawa ke Shah Alam, Bukit Jalil, Kepong, Pelabuhan Klang, USJ Subang Taipan yang menyaksikan mereka dipaksa mengaku terlibat dalam beberapa siri kes samun dan kecurian yang berlaku di kawasan terbabit,” katanya.
Menurutnya, akibat gagal mendapatkan pengakuan anak saya, polis kemudiannya cuba memohon kepada mahkamah untuk menambah reman namun ditolak majistret.
“Saya yakin permohonan tersebut ditolak kerana ketiadaan bukti yang boleh mensabitkan anak saya malah berita tentang kejayaan polis menahan Geng Bob Belacan yang disiarkan secara meluas oleh media juga tidak benar,” katanya.
Difahamkan, Khairul Azani dan Mohd Amir dibebaskan pada 26 Ogos lalu manakala Khairul Liza masih ditahan.
“Persoalannya ialah anak saya seorang lagi ditahan tanpa sebarang perintah reman yang sah dan hanya diberitahu terpaksa ditahan atas arahan daripada Setiausaha Kementerian Dalam Negeri namun sehingga kini kami tidak langsung ditunjukkan surat rasmi atau dokumen berkaitan tentang perkara ini.
“Lazimnya reman hanya dibuat selama 14 hari tetapi dalam kes ini reman sudah jadi 17 hari dan saya juga mempertikai cara reman tersebut dibuat kerana kalau diikutkan yang dibenarkan mahkamah hanya 12 hari sahaja,” katanya. -SH
No comments:
Post a Comment