Pelayan minta maaf tak kenal PM

DAVID CAMERON dan isterinya bersantai di luar bar Docenero di Montevarchi, Itali baru-baru ini.

TUSCANY, Itali - Seorang pelayan wanita berusia 27 tahun, Francesca Ariani (gambar) meminta maaf kerana beliau membuat kenyataan biadab kepada Perdana Menteri Britain, David Cameron, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku semasa Cameron mengunjungi sebuah bar bersama isterinya, Samantha di sini baru-baru ini.
Perdana Menteri itu meminta pelayan berkenaan membawa minuman ke sebuah meja di luar kafe yang menjadi tempat duduk beliau dan isterinya.

Namun, Ariani menyatakan dia terlalu sibuk sebaliknya meninggalkan Cameron membuat pekerjaan menghantar minuman bersendirian.

Ariani berkata: "Saya berasa amat malu. Saya tidak mengetahui beliau ialah Perdana Menteri Britain.

"Saya amat kesal jika saya kelihatan biadab. Saya tidak berniat begitu."

Menurutnya, kejadian itu berlaku semasa dia amat sibuk.

"Beliau (Cameron) meminta dua cawan cappucino dan secawan espresso dan menyatakan akan berada di meja di luar tetapi saya menyatakan beliau (Cameron) perlu membawanya bersendirian kerana saya berada di belakang bar," jelas Ariani.

Kejadian itu berlaku di luar bar Dolcenero di Montevarchi, Itali. - Agensi


AS: Takpe lah kot. Harap dimaafkan. Budak pelayan tu orang Itali, yang mai PM England.
Tak salahkan dialah. Yang PM tu pun pi kafe tak pakai bodyguard bagai, tu lah mungkin sebab orang tak kenal.
Tapi di Malaysia, Alhamdulillah.. sapa tak kenal PM Najib kita yang kuat bekerja demi untuk rakyat. Betul tak?

4 comments:

  1. Ini salah UMNO dan BN...kerana PM, TPM dan Menteri kurang ke akar UMBI...mungkin ungkapan inilah yang akan dikeluarkan oleh pihak pembangkang di malaysia...kerana apa sahaja yang berlaku di atas muka bumi ini...UMNOlah yang menjadi puncanya...lihat betapa besarnya pengaruh UMNO di atas muka bumi ini...hatta apa juga bala bencana yang berlaku...UMNOlah yang akan disabitkan...inilah minda pembangkang di Malaysia lebih-lebih lagi PAS....

    ReplyDelete
  2. Aku sokong anaqarbana.
    memang semuanya salah UMNO!
    hehehehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...RakyaT TahU MeNilaI Mana Kaca Mana PermaTa..
    PastIkan KemEnanGan KepADa Kita InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Assalam Bro

    Penyelesaian paling mudah... salahkan UMNO... Semua salah UMNO... Semua angkara UMNO... Yalah dari TASKI dan diajar bencikan UMNO...nak kata apa... salahkan UMNO...

    ReplyDelete