Pernah Beli Kerang Di Pasar Chow Kit?, Anda Tentu Tak mahu Baca Laporan Ini !

Tempat membasuh dan membungkus kerang di pasar Chow Kit terletak sebelah menyebelah dengan tempat melapah dan memotong daging babi. Di situ jugalah merek buat kerja mengopek kerang dengan lantai yang digunakan tersebut sentiasa digenangi darah air yang mengalir bercampur dengan darah babi.

Penemuan ini dibuat oleh sekumpulan pegawai Jakim Dan Jawi yang membuat pemeriksaan mengejut di sekitar kawasan pasar Chow Kits bagi melihat tahap kebersihan kawasan itu untuk kepentingan umat Islam dan juga orang ramai.

Serbuan yang dijalankan kelmarin pada pukul 5 pagi mendapati kerang sebanyak 50 kilo terlonggok di lantai di mana seekor babi yang baru di belah berada sejauh 2 meter dari tempat pekerja membungkus kerang.

Apabila ditanya, pekerja seolah-olah tidak rasa itu sesuatu yang boleh mengundang rasa tidak senang terhadap orang Islam. Dia berkata kerang itu akan di basuh dan dibungkus untuk dijual di pasar berkenaan.

Inilah susahnya apabila orang bukan Islam lansung tak tahu dan tak faham bagaimana perasaan umat Islam terhadap najis babi. Ini juga patut mencetuskan rasa insaf kita umat Islam agar sentiasa berurusan membeli barang makanan hanya daripada sumber orang Islam sahaja.

Kadang-kadang kita ambil remeh perkara sebegini kerana pada anggapan kita kalau kita beli kerang dari orang bukan Islam pun tak apa kerana kerang akan dibasuh sebelum kita rebus atau buat lauk. Tapi sanggupkah anda ambil kerang yang bergelumang dengan darah babi seperti itu dan membasuhnya lalu merebusnya untuk dimakan.-wartashubi-

No comments:

Post a Comment