TERKINI Kes Liwat Anwar: DS Najib & Isteri Takkan Ke Mahkamah! Kenapa??

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi di sini, hari ini menetapkan 8 Ogos ini untuk keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menemubual 15 saksi dalam kes liwat yg dihadapinya sebelum beliau memberi keterangan membela diri.

Antara 15 saksi itu termasuk Perdana Menteri, Najib Altantuya dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Bagaimanapun, Najib Altantuya dan Rosmah tidak akan hadir sekiranya mahkamah tidak mengeluarkan sapina ke atas mereka berdua.

Alasan mereka berdua tidak hadir kecuali sapina dikeluarkan kerana tidak ada kaitan antara mereka dengan pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang juga akan dipanggil pasukan peguambela Anwar Ibrahim gagal dihubungi.

Seorang lagi bekas pegawai tinggi polis, Rodwan Mohd Yusof pula tidak dapat dihubungi dan reaksinya akan diketahui kelak.

Pengumuman tesrbut dibuat ketua pasukan pendakwaan, Yusof Zainal Abiden manakala peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu perkara tersebut terkandung dalam sepucuk surat bertarikh 18 Julai lalu.

No comments:

Post a Comment