Berapa UMNO Bayar MAZA Untuk Katakan Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan Lagi?


AS letak tajuk sarkastik je kat atas tu. AS yakin, pimpinan negara sejak dari zaman Tun M telah merujuk sedalam-dalamnya berkaitan perlaksanaan hukum hudud ini samada adakah ia sesuai untuk diimplementasikan di Malaysia.

Mungkin ada kewajaran apa yang Dr Asri kata.
Mungkin pendapat dr Asri perlu difikirkan juga. Kalau ikutkan seruan melaksanakan hukum Allah berlaku selepas 13 tahun Nabi menyeru kepada keimanan di Mekah. Selepas berada di Madinah wujudnya kekuatan sokongan dan keimanan yang mantap maka turun ayat-ayat yg menyeru hukum Allah dilaksanakan. Ada berlaku ka sekarang seruan keimanan sebagaimana Nabi laksanakan selama 13 tahun?

Bagaimana dengan kualiti rakyat yang beragama Islam? Hukum hudud ni tak perlu dirisaukan sangat kecuali kepada penjenayah, ia hukum yang pastinya adil. Malah hendak menjatuhkan hukum potong tangan terlalu ketat syaratnya, bahkan saksi yang diperlukan hendaklah saksi yang beriman, dipercayai dan adil, susah nak cari saksi sebegini pada zaman sekarang. Peluang pencuri melepaskan diri sangat cerah jika tahu betapa susahnya hendak potong tangan pencuri mengikut hukum fekah yang ketat.


Lebih baik kita menyeru dan berdakwah dahulu kepada diri, keluarga, rakan dan jiran. Jika suasana seperti di Madinah selepas penghijrahan berlaku masa tu kita tahu hukum Allah mesti dilaksanakan segera.Itulah langkah dan urutan peristiwa sebagaimana Nabi laksanakan. Wallahu a'lam.


Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu, kata bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

"Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun kata Mohd Asri, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

"Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa," katanya.

Dalam kertas kerjanya bertajuk "Hudud suatu Perbincangan: Tanggapan, suasana dan Keberkesanan", Mohd Asri berkata hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.

Beliau berkata kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya sahaja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara.

2 comments:

  1. dari segi poltik asri telah mengganggu permainan yg boleh memerangkap ikatan pas dgn dap dlm pakatan, sepatutnya dap akan membangkang dgn hebatnya cadangan nik aziz, dimana pemberita akan mendapatkan pandangan dr taiko2 dap, kemudian jadikan isu biar mereka berentap. Asri mengambil peranan yg sepatutnya dap ambil, maka org Dap akan turunkan sedikit volumenya sbb dah ada org Islam(public figure) 'membangkang'
    biasanya dap akan berdiam sekiranya melayu sama melayu dok berentap, kerja dap jadi senang.
    Tapi hasil utk memaparkan bahawa dap ni anti sepenuhnya dgn apa yg dikaitkan dgn Islam kpd pengikut tegar pas kampungan gagal.

    Kesimpulannya ASRI menjadi pengacau dlm strategi politik negara.

    Hampeeh.

    ReplyDelete
  2. Sedap baca, tapi tulisan kecil, lah, bro. Tak bolehj kasi besar ka? Mudah nak baca..

    ReplyDelete