Berita Kurang Enak Untuk Pemilik Honda Malaysia!

AS nak kata kat sesetengah orang tu yang terlalu mengagungkan kereta jenama luar.
Takde maknanya.
Kekadang dalam memuja produk luar, produk tempatan selalu diperlekehkan dan dipandang rendah.
Nah! Sekarang lu tengok la sendiri.
Tahun lepas toyota, tahun ni honda Pula!

Proton? Produk buatan Malaysia yang masih kita boleh banggakan! Belilah barangan buatan Malaysia.
Murah banyak berbanding Honda dan Toyota!


Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) akan melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal melibatkan kira-kira 40,456 unit kenderaan Honda yang dikeluarkan pada tahun 2006 hingga 2008.

Dalam satu kenyataan, Honda kini sedang memaklumkan para pemilik model kereta Civic model tahun 2006-2008, City 2006-2007 dan Jazz 2005-2007 di bawah kempen mengemas kini produk bagi melaksanakan langkah pencegahan daripada isu-isu teknikal yang tidak diingini di dalam unit yang terlibat.


"Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian, di mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi para pelanggan walaupun berlaku kecacatan," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno (gambar) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Yoichiro berkata, sebagai contoh, adalah dilaporkan unit bagi model Civic (16,537 unit) kemungkinan mengalami kebocoran minyak dari hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu-isu keselamatan di masa hadapan.

"Kesemua alat ganti dan caj buruh kerja-kerja berkenaan akan ditanggung oleh Honda Malaysia," katanya.
Sehubungan itu, ujar beliau, para pemilik model-model berkenaan dinasihati menghantar kenderaan masing-masing kepada pengedar Honda yang dibenarkan secepat mungkin sebaik mendapat notis berkenaan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, para pelanggan boleh menelefon talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau melawati sebarang pengedar Honda yang dibenarkan.
Katanya, para pelanggan juga dinasihati membuat panggilan bagi membuat temu janji bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama. - Bernama

4 comments:

  1. ala semua ciptaan manusia takde yang sempurna..sekurang kurangnya Honda ni sedar kelemahan dia dan mengaku salah..proton? hahahahahahahahahaha aku malas nak cakap. Karang ko cakap aku tak patriotik pulak.

    aku pakai kereta proton dan memang kereta proton ada banyak masalah..masalah apa? google sendiri pun boleh dapat jawapannya.

    proton ada masalah dan malu nak mengaku salahnya.macam mana tu?

    ReplyDelete
  2. Sebagai SA HONDA bertambahla keja aku huhuhu

    ReplyDelete
  3. masalah proton kebanyakan hanya yg minor shj spt tingkap kuasa..
    ia tidak melibatkan major issue yg membahayakan pengguna kereta itu sendiri..

    ReplyDelete
  4. aku ada sebijik brand new proton, sebijik second hand perodua dan sebijik recond toyota. umur lebih kurang sama. fuel yg sama. cara penjagaan sama. bukannya kereta besar, 1.3cc je.
    cuba teka yg mana telah makan byk duit aku in term of maintenance and repair etc?
    proton!
    aku sokong buatan malaysia tapi jika inilah yg diberikan utk rakyat yg patriotik spt aku. apa ertinya?

    ReplyDelete