MB Johor menyifatkan Guan Eng sebagai orang yang berotak sempit ekoran kenyataannya yang mengklasifikasikan Johor tidak selamat untuk pelabur asing.
Kenyataan Guan Eng dilihat seperti cemburu atas kejayaan Johor, selain cuba menarik pelaburan asing ke negeri yang diterajuinya dengan cara yang tidak berhemah.
“Ayat yang digunakannya seolah-olah beliau cemburu dan tidak bertujuan baik apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian di luar negara sekali gus memburukkan imej Johor dan Malaysia amnya.
“Kita tahu Lim dan ayahnya, Lim Kit Siang, selalu berkunjung ke sini (Johor). Tak pernah pun mereka kena culik. Ini hanya kenyataan ikut sedap mulut dan bermentaliti sempit,”
Baru-baru ni, akhbar melaporkan Guan Eng dalam satu temu ramah di sebuah stesen radio Australia dilaporkan berkata, Johor bukanlah negeri selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.
Kenyataan itu adalah tidak benar dan menegaskan Johor adalah negeri yang aman dan berkembang dari segi ekonomi selain kadar jenayah yang terkawal.
“Dakwaan bahawa Pulau Pinang mendahului negeri lain dalam sektor pelaburan adalah tidak benar kerana Johor antara negeri yang berjaya menarik pelabur asing pada paras yang tertinggi di Malaysia.
“Di Iskandar Malaysia saja, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM76 bilion dan dijangka meningkat pada tahun yang mendatang. Jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, mereka jauh ketinggalan,” katanya.
Gambaran jahat Guan Eng yang cuba disebarkan tidak akan memberi kesan buruk kerana pelaburan masuk secara berterusan, terutama yang membabitkan pembangunan Iskandar Malaysia.
Ini terbukti dengan pengumuman terbaru syarikat dari China, Zhouda Real Estate Group yang memeterai perjanjian persefahaman projek dengan Iskandar Investment Bhd (IIB) di Beijing untuk pembangunan kediaman dan projek komersial di Medini, Iskandar Malaysia, sepertimana yang dilaporkan di akhbar.
“Jika Guan Eng mahu berbangga dengan pencapaian Pulau Pinang, dia perlu ingat usaha membawa masuk pelaburan asing ke Pulau Pinang dimulakan sejak zaman mendiang Tun Dr Lim Chong Eu lagi.
“Jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, pelaburan asing di Johor jauh mendahului dengan melibatkan pelbagai bidang, bukan setakat elektrik dan elektronik, malah dalam bidang berkaitan makanan, minyak dan gas serta perindustrian,”.
Sdra , saya mohon izin,
ReplyDeletelgeng ada lah anak cina melaka yang di takdirnya di lahir di tanah melayu dah semejak lahir telah meronta ronta tidak terima kenyataan di lahir kan antara kaum kk dan rambut lurus, dan masa di lahir status kad pengenalan orang tua nya tidak dapat di sahihkan perhuhungan keluarga orang tua.
Sudah belasah lgeng , saya lintas bahawa para pendengar ucapan bangsat lgeng terdiri orang putih yang lebih dan amat lagi pandai daripada nya dan akan menilai melalui analysis due diligence dan risk assesment.
Tak mesti om putih ambil ucapan keparat lgeng saja.
Dia hanye nak menyakitkan telinga hati dan jiwa Kita yang cinta Alif Ba Ta.
Sememang nya tiada tindakkan akan di ambil terhadap nya olih sesiape pun, lagi lagi 3.2 juta ahli UMNO ,yang sedang zon selesa tidor lena selesa dan tidak peka dan tidak peduli kerana hanyut di buai mimpi 1Malaysia di mana, di bawah dasar liberal plural inklusive engage kool populist Najib yang umumkan akan mansuh beberapa undang undang pada 2013,sesiapa saja di izin kutuk negara melayu islam raja raja institusi melayu tanpa had, dan contoh nya Lim Guan eng Manoharan Namewee dan amat ramai lagi.Presiden UMNO sendiri yang meluas pintu keselamatan dan jemput musuh masuk rumah dan bilik kebal kita.
Tidak mengapa,UMNO dan Presiden UMNO dan flom bekerja keras tungkus lumus memasti kan Presiden Umno akan terima elaun dari jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen selapas PRU13.
arjuna waspada
changkat lobak.