hamPAS Raja Adu Domba!

AS nak warning kepada puak hamPAS jangan jadi munafik iaitu cuba mengadu domba dan menjadi batu api dalam isu kematian arwah di Somalia. Apa yang AS baca, puak hamPAS dah menghasut keluarga arwah agar ambil tindakan mahkamah terhadap penganjur!

Arwah pergi ke sana atas urusan kerja serta secara sukarela. Kalau niat ikhlas, terima dengan seadanya. Nih yang tadak kena mengena pergi hasut femily arwah ambil tindakkan mahkamah tu siapa dia ?
Nak masuk medan pertempuran pun penakut, ada hati nak hasut keluarga arwah. Alfatihah kepada Arwah & takziah kepada keluarga arwah atas kehilangan beliau. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman & mati syahid.

Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV, yang terkorban ketika bertugas bersama Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malysia di Somalia, tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur misi itu.

Ayah Allahyarham, Mohd Nor Abdul Majid berkata tiada pihak yang bersalah dalam peristiwa itu dan setakat ini segala-galanya berjalan lancar sehinggalah ke urusan pengkebumian Noramfaizul.

"Apa yang berlaku adalah ketentuan, semua perkara berjalan lancar setakat ini, tiada siapa pun boleh dipersalahkan," katanya kepada pemberita di kediamannya, dekat sini hari ini.

Sepupu kepada arwah, Rodzana Esa juga berkata, setakat ini semua anggota keluarga masih lagi dalam fasa untuk meredakan perasaan sedih masing-masing dan perkara seperti untuk panjangkan ke mahkamah tidak difikirkan.

"Kami semua redha dengan apa yang berlaku," katanya..-SH-

1 comment:

  1. saya bersetuju sangat dengan kenyataan saudara, puak2 ni banyak bercakap dari buat kerja...bila la depa ni nak sedaq...

    ReplyDelete