Info Sukan AS: Tony Fernandes Beli David Beckham!

Pemilik baru Queen Park Ranger Tony Fernandes merancang untuk menyambar David Beckham.

Jutawan Malaysia menganggap ia akan dapat membantu impian Olimpik Becks dan mahu dia di Loftus Road dengan seberapa segera sebaik saja musim MLS berakhir dengan LA Galaxy, menurut The Sun.

Dia percaya bekas kapten England akan tertarik dengan perjanjian bola sepak untuk ia berada di dalam pasukan utama.

Beckham, kini 36, tanpa rahsia lagi menyatakan mahu bermain pada Sukan Olimpik 2012.

Fernandes memahami bahawa untuk mendatangkan Becks bukannya murah tetapi percaya jualan baju dan barangan lain dapat menampung kos untuk membawanya ke Barat London.

Perjanjiannya dengan Galaxy tamat pada akhir musim ini. Beliau telah diberi tawaran baru, tetapi setakat ini tidak menunjukkan sebarang komited.

Sumber dalaman Rangers berkata: "Tony menjanjikan Neil Warnock banyak sokongan dalam pasaran pemindahan dan membuktikannya baru-baru ini.

"Tetapi membawa Beckham kembali ke England bulan depan paling utama - dan ia bukan angan-angan."

No comments:

Post a Comment