INI MEMBUKTIKAN BN JUJUR DAN TELUS DALAM SETIAP URUSNIAGANYA.
TIADA SEBARANG UNSUR PENIPUAN DAN PENYELEWENGAN DALAM URUSNIAGA INI.KENAPA HANYA SELEPAS 6 TAHUN BARU PLAINTIF NAK SAMAN??
PIHAK YANG MENUNTUT (PLAINTIF) SEBENARNYA TELAH INGKAR DENGAN AKTA KONTRAK 195O. ITULAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN SAMAN MEREKA DIBATALKAN.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman sebuah syarikat pembekal bahan-bahan pilihan raya terhadap Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dua lagi berjumlah RM218 juta.
Hakim Mohamad Ariff Md Yusof turut memerintahkan Elegant Advisory Sdn Bhd membayar kos RM1,500 kepada Tengku Adnan serta dua lagi defendan iaitu Bendahari Agung BN Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan pegawai awam BN.
Datuk Mohd Hafarizam Harun, peguam yang mewakili kesemua defendan, memberitahu pemberita bahawa Mohamad Ariff membuat keputusan itu di dalam kamar dan memutuskan tiada sebarang kos yang wajar dipertimbangkan kerana saman itu difailkan selepas enam tahun.
Katanya pihak plaintif juga telah menyalah guna proses mahkamah kerana terdapat dua saman berkaitan barangan dan produk yang sama.
Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan saman pada 17 Feb lalu selepas saman awal pada 2009 ditolak apabila Umno berjaya mengetepikan saman dengan alasan bahawa plaintif tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.
Dalam writ samannya, Elegant Advisory, yang terbabit dengan kegiatan membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan, berkata pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004, ia membekalkan BN dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.-Bernama
KJ punya kerja kot, tak habis lagi menyapu.
ReplyDelete