Lepas Hantu Bonceng, 'Cinta Muka Buku' Najwa Latiff Pula Dituduh Hina Tuhan!


Penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang baru menempa namanya dengan lagu Cinta Muka Buku telah didakwa menghina Tuhan menerusi lirik yang dinyanyikan dalam lagu tersebut.

Semuanya gara-gara karana sebaris lirik dalam lagu itu yang berbunyi: 'itulah cinta yang satu, cinta di muka buku' yang ditulis oleh kakaknya, Syafika Latif,22. Di sebabkan sebaris lirik tersebut, Najwa Latif telah dikritik oleh beberapa pihak termasuk pengunjung laman Youtube yang menonton video muziknya.

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan lirik yang dinyanyikan anak kelahiran Batu Pahat Johor ini kerana ia seolah-oleh telah menghina Tuhan dan mereka berpendapat cinta yang satu hanyalah pada Allah bukan kekasih.

Namun, Najwa Latif ketika dihubungi murai.com.my sekeras-kerasnya menepis dakwaan tersebut kerana dia memberitahu lirik yang ditulis itu tidak bermaksud demikian, sebaliknya apa yang cuba disampaikannya itu adalah cinta sesama manusia.

"Pertama sekali terus-terang saya dan kakak memang tiada niat untuk menduakan Tuhan menerusi lirik yang ditulisnya dan dinyanyikan oleh saya itu. Sebagai orang Islam saya tahu cinta yang agung itu hanyalah kepada Allah.

"Tetapi apa yang saya faham, yang dimaksudkan oleh kakak saya dengan lirik tersebut adalah cinta sesama manusia yang kekal hingga ke akhir hayat. Dengan maksud lain, satu-satunya cinta kekasih yang kekal hingga membawa kepada perkahwinan."Yelah, lagipun saya pernah dengar banyak kisah orang yang bercinta dan kenal kekasih dalam facebook kekal hingga ke jinjang pelamin.

"Tambahan pula, orang tidak boleh kaitkan lagu ini dengan Tuhan kerana lagu ini pun mengenai cinta muka buku bukan cinta pada Allah. Jadi di situ maksudnya sudah jelas," katanya yang tidak akan mengambil tindakan untuk menukarkan lirik tersebut.
Tambah Najwa lagi, dia yakin tidak semua pihak akan suka dengan apa yang dilakukan. Oleh sebab itu dia juga tidak pernah mengendahkan page Najwalatif Haters yang pernah wujud sebelum ini.

"Sehingga kini saya tak pasti siapa yang mewujudkan laman membenci saya di facebook. Bila saya dapat tahu mengenai perkara tersebut saya terus meminta nasihat ibu bapa saya.

"Mereka nasihatkan saya suapaya terima sahaja penerimaan orang kerana tidak semua orang sukakan diri dan cara kita. Bagaimanapun saya bersyukur kerana laman tersebut telah pun dihapuskan," tambah pelajar tingkatan 4 SMK Perempuan Temenggong Ibrahim Batu Pahat, Johor.

Apa yang pasti, Najwa yang mula popular lagu tersebut menerusi laman Youtube kini telah mengikat kontrak selama dua tahun bersama NAR Records sejak Mac lalu.-murai-

AS:SEKARANG NI SEMUA BENDA YANG DIBUAT DAN DIKOMERSILKAN TERUTAMANYA DALAM INDUSTRI SENI SEMAKIN MENJADI PERHATIAN.
LEPAS SATU-SATU.
MUNGKIN ADA BENDA YANG SEWAJARNYA PERLU DITEGUR SEPERTI PART DALAM SKRIP FILEM HANTU BONCENG TU. AS SETUJU PART HANTU BONCENG ITU MEMANG PERLU DITEGUR.

TAPI BAGI AS, APAPUN BERGANTUNG PADA NIAT.

LEPAS NI, LAGU KERANA MU MALAYSIA PUN KENA TEGUR PULA.
TAPI ADA ORANG TERLEPAS PANDANG PULAK?

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

SI NAMEWEE PUNYA KARYA KREATIF TIADA SAPA PUN BERANI AMBIL TINDAKAN?

5 comments:

  1. TUAN BLOGER....

    SAYA MERASAKAN LIRIK BERKENAAN ADALAH LANGSUNG TIDAK DIKAITKAN DENGAN APA-APA KEADAAN YANG MENGHINA ISLAM. JELAS SEKALI LAGU TERSEBUT DITUJUKAN KEPADA SESEORANG OLEH SESEORANG. BUKAN SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH. JADI ISU INI TIDAK ADA SEBENARNYA. UNTUK LIRIK LAGU PATRIOTIK PULA ITU "mu" ADALAH BERBEZA DENGAN "-MU". APAKAH JIKA KITA MENGATAKAN KITA SAYANG IBU KITA BERMAKSUD KITA TIDAK SAYANG ISLAM ? APAKAH APABILA KITA MENGATAKAN KITA CINTA KEPADA NEGARA KITA BERMAKSUD KITA TIDAK CINTA ALLAH ? JADI INI HUJAHAN SAYA. SEMUA BERGANTUNG KEPADA NIAT. KEPADA SESIAPA YANG MEMBUAT TUDUHAN PERLULAH BERASAS SUPAYA TIDAK MENGGURIS HATI SEBELAH PIHAK. APAKAH TIDAK TAHU DOSA PIHAK YANG MENUDUH MELULU ITU ?

    ReplyDelete
  2. kalau camtu lagu spider pun nk kena tegur jugak la...

    *tiada lafaz yang lebih agung...kalimah cinta mu...

    Sedangkan lafaz yg lebih agung adalah kalimah syahadah...

    Pendapat saya, even bergantung kepada niat, tp jika niat tak menghalalkan cara tetap tak boleh...kerana bergantung pada niat lah wujudnya ajaran sesat smp sembahyang pun boleh niat sahaja...

    Tp perkara2 mcm ni perlukan hujah para ulama' dan cendekiawan..takut pulak tersasar pandangan...

    mohon maaf...

    ReplyDelete
  3. lagu punya la best dikatatan hina Islam????.....apa2 la org yg BENCI sgt dgn lagu tu???.....frust menonggeng cinta facebook x jadi kot.....hehehe....ini la akibatnya asyik pandang serong je....cuba la ubat hati tu.

    aku setuju dgn bro anak seberang.....mana org yg nak amik tindakan pd si anak cina lanahat Namewee yg JELAS2 hina Islam???...heh

    Bro, Najwa tu cun la aku tgk...ada no fon dia???.....hehehe

    ReplyDelete
  4. zizan/idham dituduh hina islam dgn skrip tertentu oleh tantawi, tapi dah setel. siap ambik gambar glamer lagi. kenapa tantawi tak pergi siasat kes DUMC yang terang2 depa ada lagu "alhamdulillah", yang bukan muslim baca potongan ayat quran atas pentas politik pun rak bising pun. Hari ni kita tak dengar dah mana mana DAP yang ulangi perbuatan tu. Agaknya kepala pas baharu sedar yg dap buat tu salah. tapi tetap tak ngaku pada rakyat. Macam biasalah...demokrasi TUTUP MULUT!

    ReplyDelete
  5. melayu cepat melatah, butthurt..kita kena fhm org bekarya mcmana...ada mksud disebalik...aku xmnt sgt lagu tu,tp fhm mksud yg nk dismpaikn.dia bercerita ttg lagu cinta sesama manusia...mendalam mkna dia.kena fhm ap yg org seni nk smpaikn..

    ReplyDelete