Mini Demo Bantahan Mat Sabu & Laporan Polis (Pics)

AS ucapkan tahniah kepada Pemuda Bahagian Tasek Gelugor di atas keberanian membuat laporan polis terhadap Mat Sabu diatas ceramahnya yang menghasut rakyat dimana mengiktiraf komunis sebagai hero sebenar dalam sejarah negara.

Untuk makluman semua, Mat Sabu ni kampungnya di Tasek Gelugor. Ceramah menghasut ini juga dilakukan di Padang Menora, iaitu sebuah kampung di Tasek Gelugor. Memang orang Tasek Gelugorlah yang patut buat repot polis diatas perbuatan mat Sabu komunis ini.

Ternyata Mat Sabu dari parti hamPAS sungguh celaka sekali. Kalau agama pun mereka sanggup putar belit, inikan pula sejarah!

Oh ya, sebelum terlupa, AS pun nak ajak semua para pembaca pakat-pakat pi la ke Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang diadakan pada hari ini (Sabtu) di Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian dari jam 10 Pagi hingga 2 Petang.





No comments:

Post a Comment