Panas! "Kematian Mat Indera bukan syahid"

“Kematian Mat Indera tidak boleh diiktiraf syahid kerana dia berjuang bersama kelompok Parti Komunis yang menentang Tuhan,” kata Pesuruhjaya Persatuan Warga Melayu Terengganu, Mohamad Jusoh ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas Mat Sabu berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Mohamad yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Dungun berkata, Komunis ketika itu sebenarnya bukan menentang British, sebaliknya ingin mengambil alih pemerintahan negara dengan membentuk pemerintahan sendiri dan melalui fahaman komunis.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Serban dalam kalangan masyarakat tempatan dalam temu bualnya berkata, beliau bukanlah menyifatkan Mat Indera sebagai orang yang tidak alim, namun perjuangannya itu tidak tepat kerana berada dalam kelompok yang jahat iaitu berada bersama perjuangan komunis.

Mohamad berpendapat, kelompok yang menentang Tuhan termasuklah yang bersekongkol dengan komunis tidak boleh diiktiraf perjuangannya kerana perjuangan mereka menyebarkan fahaman komunis tidak betul.

“Bila masa komunis nak mati syahid sebab dia tiada Tuhan?, kalau Mat Sabu kata yang berjuang bersama komunis mati syahid peliklah sebab komunis tiada Tuhan.

“Sejarah juga adalah hak milik negara, bukan parti, ia sudah tertulis, sudah 54 tahun ia termaktub, tambahan pula kalau nak angkat pejuang pun, carilah mujahid yang berjuang atas jalan ALLAH SWT,” katanya. -SH-

4 comments:

  1. Dia "syahid PAs" masuk surga ciptaan firaun nik aziz ...

    ReplyDelete
  2. Ramai 'mata-mata' britih mlm tu tingglkan rumah pasong, pegi minum raya cina sampai mabuk2 dan main pakau, kata org2 Bukit Kepong. Mata-mata mabuk dah jadi rutin dan menjadi masalah setempat. Itulah cerita org kampong berkenaan. Betul ke tak carilah sendiri bahan dari pelbagai pihak.
    Kalau Mat Sabu kata 31 Ogos tak perlu cuti...tak perlu ada sambutan, Tunku A Rahman pulak diistiharkan bapa perundingan Baling sj, bukan bapa kemerdekaan..agak2nya lagi la pulak org mengamok. Ye la..nak merdeka dari sapa? Sebab zainal keling dengan koo kay kim kata british bukan penjajah. Betul la org kata pengampu dan pembodek mampu hidup senang dan mewah biar siapapun yg perintah waima komunis. Walaupun fakta tak tepat, tapi asal bos selesa dengan tipuannya.

    ReplyDelete
  3. kalau pun betul mereka minum arak, patut ke dibunuh sebab minum arak? dosa mana lagi besar, minum arak atau membunuh seorang muslim? dosa mana lagi besar, bersekongkol dengan atheist2 komunis? mat indera memang tak layak mati syahid.

    ReplyDelete
  4. Perjuangan Mat Indera sebanarnya adalah sama dengan perjuangan PAS sekarang. Yang bezanya adalah Mat Indera berjuang bersama komunis. PAS sekarang berjuang bersama DAP. Persamaannya, Mat Indera dan komunis walaupun berlainan ideologi tapi sanggup bersatu kerana hendak menjatuhkan pemerintah yang ada pada masa itu. Kalau mereka berjaya, mat Indera menang sorak, komunis jadi pemerintah. PAS dan DAP pun sama, walaupun ideologi tapi sanggup bersatu kerana nak menjatuhkan pemerintah yang sediaada. PAS menang sorak, DAP jadi pemerintah. Samalah dengan Cordoba dan Andalusia. Wahai Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Hadi, sedarlah jangan ikut nafsu dan ego sahaja. Nabi saw berjuang bukan kerana nak menjadi pemerintah tetapi nak kan kejayaan Islam. Tok Guru bacalah buku sejarah dan ambillah tauladan. Kalau boleh bacalah Al-Mukaddimah. Walaupun Tok Guru tahu Fardu Ain tapi ianya masih tak cukup. Banyak lagi ilmu yang Tok Guru tak tahu. Ambillah dari tauladan yang ditunjukkan oleh Tun Abdul Razak. Mungkin Tok Guru tak tahu sejarah. Tu lah Tok Guru banyak syok sendiri je.

    ReplyDelete