Puchong Bakal Jadi Saingan Genting !

PREMIS tingkat dua rumah kedai di sekitar kawasan pusat bandar Puchong banyak dijadikan pusat mesin judi haram.

MANA PERGINYA PENGUATKUASA DIBAWAH KERAJAAN SELANGOR YANG DITERAJUI KHALID GAGAP?

ADAKAH PBT DI SELANGOR MAKAN GAJI BUTA ATAU TELAH MENERIMA 'ARAHAN' DARI TANGAN GHAIB SUPAYA JANGAN MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN TERHADAP SINDIKET PERJUDIAN INI?

TERNYATALAH, PABILA SELANGOR DI BAWAH PIMPINAN PAKATAN HARAM, MAKA MAKIN BERCAMBAH DAN BERMAHARAJALELA LAH PENGUSAHA PUSAT JUDI, PELACURAN, RUMAH URUT DAN TEMPAT MAKSIAT. MEREKA BEGITU BEBAS MENJALANKAN APA JUA AKTIVITI PERNIAGAAN SAMADA HALAL ATAU HARAM DI BAWAH NEGERI SELANGOR.

SELANGOR MAKMUR BERSAMA PAKATAN!
MAKMUR JUDI DAN MAKSIAT!


TUGAS PENCEGAHAN INI ADALAH DI BAWAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI BAWAH STATE YE, BUKAN PIHAK POLIS.


Puchong jadi bandar judi

Di sebalik pembangunan pesat di bandar ini, ia rupa-rupanya menjadi syurga kepada sindiket mesin judi haram yang tumbuh bak cendawan selepas hujan di sekitar kawasan berkenaan.

Tinjauan Kosmo! di kawasan pusat bandar, Puchong Perdana dan Puchong Permai sahaja mendapati terdapat lebih daripada 10 premis haram yang kebanyakannya beroperasi di premis rumah kedai.

Berselindung di sebalik papan tanda perniagaan, pemilik pusat judi haram didakwa semakin bermaharajalela apabila berani membuka perniagaan selama 24 jam sehari semata-mata mahu mengaut keuntungan besar.

Malangnya, mereka yang menjadi mangsa adalah golongan remaja dan pelajar sekolah yang merupakan pengunjung tegar ke premis itu.

Menurut sumber, pemilik premis kebanyakannya menyewa bilik di tingkat dua premis rumah kedai dan mengubahsuainya menjadi bilik memuatkan mesin-mesin slot judi.

Selain itu, pemilik premis memasang kamera litar tertutup bagi memantau serbuan pihak berkuasa selain mengupah Tonto yang sentiasa mundar-mandir berhampiran kawasan premis terbabit.


BANGUNAN rumah kedai ini juga menjadi lokasi banyak premis mesin judi haram yang dikunjungi pelajar sekolah di sekitar Puchong.

Seorang penduduk, Ismail Hamzah, 41, berkata, dia sendiri pernah melihat pelajar sekolah yang memakai pakaian seragam masuk ke premis tersebut pada waktu persekolahan.

Menurutnya, gejala yang berlaku menunjukkan pemilik premis tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa yang melarang mereka di bawah usia 18 tahun mengunjungi pusat hiburan mahupun perjudian.

“Kalau sudah berniaga secara haram, apa sahaja mereka akan lakukan asalkan dapat untung. Keadaan ini jika dibiarkan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya gejala sosial dan ponteng sekolah yang semakin serius di bandar ini,” katanya di sini semalam

No comments:

Post a Comment