Al-Fatihah. Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Dato' Raman Suliman telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kerana terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Parit Buntar.
Beliau baru sahaja pulang daripada menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak di Ipoh yang berakhir pada kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Dalam mesyuarat itu, allahyarham nampak ceria walaupun wajahnya kelihatan agak pucat. Beliau telah dipilih sebulat suara untuk membahaskan usul politik dan ekonomi mewakili Badan Perhubungan UMNO Perak di Perhimpunan Agung UMNO Malaysia di Kuala Lumpur pada 1-3 Disember akan datang.
Jenazahnya ketika ini berada di Hospital Parit Buntar.
Didoakan rohnya ditempatkan di kalangan solehin dan semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi dugaan ini. Amin
Saya turut berdukacita atas kepergiannya Dato Abd Raman Suliman. Semoga segala amal ibadahnya diterima disisi Allah dan yg ditinggalkannya diberikan ketabahan dan kekuatan utk menghadapi cubaan ini. Alfatihah. Amin.
ReplyDelete