ALFATIHAH-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional kawasan Johol,Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md. Yusof meninggal dunia di Hospital Kuala Pilah pada jam 4.45 pagi Selasa.
Allahyarham kebelakangan ini menghadapi kesukaran untuk bergerak berikutan kecederaan yang dialaminya di bahagian tulang belakang akibat terjatuh ketika mengadakan latihan badminton di Dewan Kampung Baru Cina, Tampin pada 27 April 2009.
Beliau menjalani pembedahan tulang belakang pada 14 Oktober 2009 dan dinasihatkan doktor supaya berehat dalam tempoh enam bulan.
Satu pilihanraya kecil (PRK) tidak perlu diadakan di kawasan berkenaan.Ini kerana ‘ tempoh edah’ yang memerlukan pilihanraya kecil diadakan jika seseorang wakil rakyat meninggal dunia sudah berlalu.AD
No comments:
Post a Comment