Ini Jawapannya Mengapa Harga Rokok Tidak Dinaikkan Dalam Bajet 2012!

Bagi 'penagih' rokok tegar, A.S rasakan sudah tentu ini suatu berita yang menggembirakan.

Ini adalah kerana kerajaan tidak mengumumkan kenaikan harga rokok dalam Bajet 2012 adalah disebabkan untuk mengelakkan peningkatan penggunaan rokok haram yang kini mencecah sehingga 40 peratus! Wow. Satu jumlah yang tinggi!

Kerajaan tidak boleh menaikkan harga rokok terlalu mendadak kerana penggunaan rokok haram atau seludup sudah ditahap yang agak kritikal. Jika harga rokok dinaikkan lagi, tidak mustahil perokok tegar yang kurang berkemampuan akan mencari alternatif rokok yang lebih murah iaitu rokok seludup.

Secra tak langsung, ini akan beri kesan negatif terhadap kutipan cukai dan duti tembakau yang banyak memberi hasil kepada pendapatan negara.

Tambahan lagi yang negatifnya, kadar kandungan kimia dalam rokok seludup ni dikatakan amat berbahaya dan lebih memudaratkan.

Namun, kerajaan boleh menimbangkan kenaikan (harga rokok) pada bila-bila masa sekiranya dirasakan perlu. Bersedialah..

No comments:

Post a Comment