Nampak seolah-olah macam fanatik politik kepartian dibawa ke masjid je ni. Harap diselesaikan secara baik.
Bagi A.S, tak sepatutnya duit tabung kebajikan masjid disimpan didalam akaun peribadi.
Buka la satu akaun khas untuk masjid,baru lah org tak pertikai.
Jikalau benar seperti yang didakwa, menjawab la Imam 1 tu esok di AKHIRAT!
GOMBAK - Perbalahan Imam 1 dan Imam 2 Masjid Lama Batu 6 Gombak semakin tegang apabila apabila kira-kira 50 kariah mengadakan demonstrasi aman di hadapan masjid itu bagi menyatakan bantahan berhubung salah laku pengurusan kewangan masjid didakwa dilakukan Imam 1.
Demonstrasi adalah susulan piket dianjurkan penyokong Imam 1 minggu lalu turut mendesak Imam 2 meletak jawatan setelah isu pengurusan kewangan masjid ini mula dipersoalkan.
Imam 2, Wan Mohd Nasir Wan Abdul Wahab Al-Madani berkata, ketegangan beliau dengan Imam 1 boleh dielakkan sekiranya perbincangan dan teguran ikhlas beliau pada pertemuan tertutup sebelum ini tidak dihebahkan kepada jemaah dan kariah lain.
“Ketegangan berlaku apabila timbulnya keraguan terhadap pengurusan duti Tabung Kebajikan Masjid yang didakwa disimpan dalam akaun peribadi.
Mohd Nasir mendakwa, turut dipertikaikan adalah pengurusan wang lima akaun lain iaitu Tabung Anak yatim, Tabung Fakir Miskin, Tabung Kebajikan, Tabung Sumbangan Ramadan melalui derma tahlil, duit ibadah korban, moreh dan pelbagai derma dan sumbangan lain yang tidak dibentangkan secara terperinci kepada ahli jawatankuasa masjid.
“Cara Imam 1 dan AJK masjid pula bersependapat dengan beliau dan cara ini sememangnya tidak betul dalam sistem pengurusan masjid.
“Saya juga turut menerima aduan dan sungutan orang kampung dan anak jati kariah bahawa terdapat penerima sumbangan fakir miskin pada Ramadan yang tidak layak menerima sumbangan tersebut,” katanya
Beliau mendakwa, menambahkan lagi ketegangan masalah tersebut apabila wujud campur tangan orang luar di mana banyak duit masjid digunakan secara boros dan dibelanjakan tidak mengikut saluran betul dan lebih kepada kepentingan diri.
“Kesan dari itu juga, wujud pula budaya samseng di sebelah pihak penyokong Imam 1 yang menggertak saya dan melemparkan pelbagai kata kesat dan keji kepada saya.
“Pada 22 Ogos yang lalu, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) turut mengedarkan surat fitnah terhadap saya tanpa ada penjelasan dan perbincangan dalam perkara ini dan akhirnya menimbulkan politik keji untuk menjatuhkan saya,”katanya kepada Sinar Harian
Katanya, selama ini beliau sangat menghormati Imam 1 sebagai yang berpengalaman dan lebih tua daripadanya tetapi tingkahlakunya yang menjatuhkan maruah beliau melalui demonstrasi yang disiarkan dalam media minggu lalu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, Iman 1 ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berkata, beliau akan mengadakan sidang media hari ini untuk menjelaskan dakwaan salah laku dalam pengurusan kewangan masjid terbabit.-SH-
jangan pandang remeh dengan isu ini.. itu bukan hak pengurussan masjid.
ReplyDeletejangan kerana wang yang tak seberapa itu menyebabkan putusnya silaturrahim dan menyebabkan terbukanya pintu neraka untuk anda!