Omaq Osman Tak Percaya?

PM dah tunai 80% dari permintaan hangpa wahai kakitangan kerajaan. Jadi, takkan tak reti-reti lagi nak berkhidmat dengan lebih efisyen dan efektif lepas ni?

Ni tidak, gomen dah bagi macam-macam, tahap kerja (bukan semua) masih ada yang dibawah par.
Jangan hanya tau meminta saja, tapi tak reti nak memberi!

Satu lagi, untuk staff kerajaan yang duk sakan melawan kerajaan tu, rentikanlah dan bersyukurlah dengan apa yang dinikmati. Bawak-bawakla bertaubat!

Apa lagi yang tak kena?

Dalam kita berada di atas awan, jangan lupa rumput di bumi.
Tengok di luar sana tu, masih lagi ramai rakyat Malaysia yang bekerja swasta dan sendiri masih belum dapat pembelaan yang sewajarnya.
Tapi at least, usaha kerajaan bagi RM 500, untuk isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM 3,000 sebulan tu adalah penawarnya.


“Terima kasih Perdana Menteri kerana menunaikan tuntutan dan suara kakitangan kerajaan dalam pembentangan bajet hari ini.” Demikian reaksi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman kerana seakan tidak percaya dengan berita gembira sewaktu pembentangan bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini.

“Saya seperti tidak percaya kerana apa yang dibentangkan Perdana Menteri sebentar tadi adalah satu pengumuman yang tidak disangka-sangka,” katanya.

80 peratus daripada tuntutan kami telah ditunaikan kerajaan di samping beberapa pengumuman yang tidak dijangka seperti pemberian bantuan kepada pelajar sekolah,” tambahnya.

Omar turut berpuas hati dengan perubahan drastik Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sistem gaji satu lapis dan pemberian bonus setengah bulan, dan juga kenaikan tahunan sebanyak dua peratus untuk pesara kerajaan yang disifatkan beliau sebagai satu usaha kerajaan untuk membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.

“Di sini saya melihat kerajaan komited untuk memperkasa kakitangan kerajaan dengan memberikan insentif-insentif tersebut bukan sahaja ketika masih bekerja, malahan ketika mereka tidak lagi bekerja dan telah bersara,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kakitangan kerajaan agar lebih komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas memandangkan kerajaan sudah memenuhi tuntutan yang mereka suarakan sebelum ini.

“Bermula hari ini, kakitangan kerajaan seharusnya lebih berintegriti dan bersemangat untuk melaksanakan tugas supaya mereka tidak dipertikaikan oleh sesetengah pihak kerana mereka sudah dapat apa yang mereka mahukan,” katanya memberi ingatan kepada kakitangan kerajaan.

“Memandangkan had umur persaraan baru sudah dilanjutkan sehingga 60 tahun, mereka hendaklah menjaga kesihatan agar produktiviti dapat dikekalkan dan tidak menjejaskan tugas mereka,” katanya.-MI-

11 comments:

  1. tu la nak cakap ni..masa aku kerja dulu..banyak staf kerajaan yang terang terang tak sokong kerajaan..mereka ni lah juga kerja sambil lewa..terang terang baca tabloid pembangkang dikaunter pertanyaan..bukan saja dulu..hingga sekarang masih berperangai macam tu...tak habis habis kutuk kerajaan..dasar tak tahu berterima kasih..MUNAFIK.Patut tengok tengok orang macam ni..MUNAFIK ini juga terdapat GLC

    ReplyDelete
  2. org keje kerajaan ni apa pun tak boleh,udah2 le tu,klu pencen umur 60,rasanye dah bongkok tiga dah .berapa ramailah pulak org muda terpaksa mengangur dik permintaan ko org. keje swasta,klu boleh umur 50 dh tknak keje dah,nk berehat.tk larat nk bersaing dgn org muda.keje kerajaan banyak mengular,saya cabar osman jailani(si mata bulat tngok duit)jngan asyik mintak itu ini je,minta pm pratikkan perakam kedatangan guna finger print mcam pekerja swasta utk buktikan kamu semua pekerja yg bermutu,kita tngok lpas ini korang nk pencen umur berapa.he he he klu berani le.saya cabar he he he apa pun tak boleh.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan anon 12:49 AM.

    Mereka patut malu dengan aku yang swasta tapi setia kepada BN dan kerajaan.Aku pendokong tegar UMNO.

    Mereka patut teramat malu dengan Bonda aku di kg yang serba sederhana di kg tapi sangat setia kepada BN/UMNO.

    Mereka wajib malu kepada arwah ayahanda aku (al-fatihah)yang sampai akhir hayatnya tetap berterima kasih kepada BN/UMNO dan bersyukur kepada ALLAH atas limpahan rahmat nya kepada MALAYSIA di bawah BN/UMNO....

    Ngko orang tak malu ke tak berterima kasih kepada BN dan bersyukur kepada ALLAh atas rahmatnya macam AKU, BONDA aku dan AYAHANDA aku?....

    woooi..malu la......

    ReplyDelete
  4. si omaq oman aku tengok tiap tiap tahun minta bonas...tapi kerja habok tarak..poooorah..gaji nak..bonas nak..tapi tak sokong kerajaan..ko berhenti omaq ooosman...

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya orang2 yg bekerja dengan Kerajaan memberi sokongan PADU kepada PM dan Barisan Nasional ...ini tak apa yg Kerajaan buat semuanya salah..semuanya tak betul tapi makan hasil dari kerja kuat orang2 yg bersama PM..SEPATUTNYA BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH..

    ReplyDelete
  6. Tiap-tiap thun cmtulah reaksi che umaq kita ni kononnya kerajaan kenang jasa penjawat awam kerana tingkat prestasi. Tapi pada amnya tak ramai yg trlibat. Dari segi masa kerja masih ramai pnjawat awam buang masa yg. lama dikantin dan kopiam utk minum pagi. Ktua-ktua jabatan tenguk2lah . Pada amnya prestasi kerja masih tahap tahun 70han. Whai che umaq toksahlah dok syok sndiri,

    ReplyDelete
  7. Lanjutan dari pembentangan bajet ,
    Najib kata..
    'Tuan Yang Di pertua,saya ingin mencadangkan bahawa pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan hanya diberi kepada kakitangan yang setia menyokong Bn shj.Kepada yg yang menjadi pengkhiatnat pd dasar kerajaan akan diberhentikan dan digantikan oleh mereka yg menyokong kerajaan'

    ReplyDelete
  8. BAGI GURU GURU YANG MENENTANG KERAJAAN, sILA SEDAR DIRI KAMU..JANGAN WAKTU REHAT ASYIK DOK KUTUK BN DAN KERAJAAN. DASAR TAK PERNAH BERSYUKUR DENGAAN APA YANG ADA.

    ReplyDelete
  9. AKU BEKAS PROFESIONAL KERAJAAN..

    AMAT MELUAT DENGAN BIROKRASI DAN BIAS DALAM ORGANISASI KERAJAAN.

    SELEPAS 5 TAHUN, TAKDE BEZA LANGSUNG KEADAAN DAHULU DENGAN SEKARANG. YANG NI YANG KERAJAAN BERIKAN HABUAN? AMAT MENGECEWAKAN!

    HARAP2 SELEPAS INI AKAN NAMPAK PERUBAHAN KE ARAH LEBIH DINAMIK DAN PROGRESIF..

    ReplyDelete
  10. omaq ni dalam otak dia naik gaji dan bonus aje.. pastu sibuk pasal umur pencen.. dah elok pun umur pencen 55thn pastu contrak la klu nk kerja..ramai lagi yg boleh kerja. itu lah kerjanya tiap tahun.. buat semak.. ada dia pikir swata mcmmane.. gomen klu hari ni naik gaji jawabnya esok lusa peniaga naikan harga barang.. yg swata ni juga yg kene.. bab kerja gomen ni ramai yg mengular, kerja lak sambil lewa aje.. nanti tgk lepas ni si omaq ni melalak..

    ReplyDelete
  11. lepas ni ramai anak2 muda yang mengangur akibat had umur persaraan dinaikkan ke 60th.dan aku yakin akan ramai anak2 muda yang meluat dengan kerajaan.

    PAS NI KALAU KERAJAAN LINGKOP PON AKU DAH TAK KESAH SANGAT.

    BUAT PENERANGAN DI MANJUNG DULU HABISKAN DUIT BERAPA BANYAK.MINTAK SEMUA SAYAP2 PARTI LEBIH TEKUN UNTUK MENGAMBIL SEMULA KEDAH.
    TP KERAJAAN JUGAK YANG BOH TAIK DLM PINGGAN SENDIRI.

    KEBANYAKKAN KOMEN DIATAS AKU SOKONG TERAMAT SANGAT.

    PEMUDA TAMAN KELADI....

    ReplyDelete