SEMASA LIHAT GAMBAR ISTANA NEGERA YANG BARU INI, SEBAK RASA HATI SAYA. SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SAYA JUGA BERBANGGA DENGAN KEMAJUAN INI. TAPI PADA WAKTU YANG SAMA SEMASA SAYA MELIHAT GAMBAR INI, RAKAN SAYA SEDANG MAINKAN LAGU "AKU HANYA UMAR" NYANYIAN KUMPULAN HIJJAZ.
MAMPUKAH PEMIMPIN KITA MENJAWAP SOALAN ALLAH DI MASHAR ESOK TENTANG KEBAJIKAN RAKYATNYA. UMAR AL KHATAB HANYA BERBUMBUNGKAN DAUN TAMAR DAN BERLANTAIKAN TANAH RUMAHNYA WALHAL SEMASA PEMERINTAHANNYA EMPAYAR ISLAM MELIPUTI SEBAHAGIAN DUNIA.BELIAU MEMARAHI SAHABAT YANG DILANTIK SEBAGAI GABENOR JIKA MEMBINA ISTANA YANG MEGAH WALHAL RAKYATNYA MASIH MENDERITA.WAHAI PEMIMPIN, TAK KIRALAH SIAPA YANG DIBERIKAN KUASA, LIHATLAH RAKYAT MU KERANA NERACA AMALANMU DI AKHIRAT AKAN DIIMBANGI OLEH RINTIHAN DAN TANGISAN RAKYATMU. JIKALAU DIRIMU TIDAK MAMPU MENCONTOHI RASULLULLAH, CONTOHILAH SAHABATNYA BERNAMA UMAR AL KHATAB. HAYATILAH SENIKATA LAGU INI.
Aku Hanya Umar Artist: Hijjaz Album: Damai Song Category: Nasyid Sebelum disapa sinar iman Kau bagaikan singa yang mengganas Membunuh anak perempuanmu Tanpa rasa belas dan kasihan Dipandu hati sekeras batu Jahiliah yang menyesatkan
Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa Lunturlah segala keangkuhanmu Berubah dan beralih arahmu Terbentur segala kekejaman Menjadi wira miskin nestapa Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar Tenangmu tiada tercalar Berbantal lengan tanpa pengawal Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening Meratap menyesali diri Pada dosa kealpaan Dibasuh dengan airmata Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba Mentadbir tanpa singgahsana Menghina diri di hadapan Allah Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa Mulia matimu kau syuhada Pergi rohmu ke alam tinggi Terbang menuju ke syurgawi
Aku hanya seorang Umar Kemuliaanku kerana Islam Semua ke syurga kecuali dia Ku bimbangi dialah diriku
Hati sekeras batu Menjadi selembut air Jadi teman kebenaran Jadi musuh pada kebatilan
Rakyat Malaysia harus berasa bangga.
ReplyDeleteistana ni hak milik Malaysia...bukan individu...
ReplyDeleteSEMASA LIHAT GAMBAR ISTANA NEGERA YANG BARU INI, SEBAK RASA HATI SAYA. SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SAYA JUGA BERBANGGA DENGAN KEMAJUAN INI. TAPI PADA WAKTU YANG SAMA SEMASA SAYA MELIHAT GAMBAR INI, RAKAN SAYA SEDANG MAINKAN LAGU "AKU HANYA UMAR" NYANYIAN KUMPULAN HIJJAZ.
ReplyDeleteMAMPUKAH PEMIMPIN KITA MENJAWAP SOALAN ALLAH DI MASHAR ESOK TENTANG KEBAJIKAN RAKYATNYA. UMAR AL KHATAB HANYA BERBUMBUNGKAN DAUN TAMAR DAN BERLANTAIKAN TANAH RUMAHNYA WALHAL SEMASA PEMERINTAHANNYA EMPAYAR ISLAM MELIPUTI SEBAHAGIAN DUNIA.BELIAU MEMARAHI SAHABAT YANG DILANTIK SEBAGAI GABENOR JIKA MEMBINA ISTANA YANG MEGAH WALHAL RAKYATNYA MASIH MENDERITA.WAHAI PEMIMPIN, TAK KIRALAH SIAPA YANG DIBERIKAN KUASA, LIHATLAH RAKYAT MU KERANA NERACA AMALANMU DI AKHIRAT AKAN DIIMBANGI OLEH RINTIHAN DAN TANGISAN RAKYATMU. JIKALAU DIRIMU TIDAK MAMPU MENCONTOHI RASULLULLAH, CONTOHILAH SAHABATNYA BERNAMA UMAR AL KHATAB. HAYATILAH SENIKATA LAGU INI.
Aku Hanya Umar
Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid
Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan
Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku
Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan
sekian maaf dipinta kalau terguris hati