Kor Ming DAPig Rasis Makin Biadap Hina Warna Kulit!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Pantai Remis Nga Kor Ming nampaknya menepati pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah.

Ini ekoran pendedahan wakil BN dari Slim, Dato’ Khusairi Abdul Talib bahawa tokoh muda DAP itu mengutarakan kata-kata berbau perkauman serta terkandung elemen-elemen penghinaan terhadap Menteri Besar Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir.

Yang menghairankan ucapan itu tidak dibuat di program DAP sebaliknya dalam program anjuran PAS di kawasan Taiping yang mana beliau ialah ahli parlimen kawasan tersebut.

Para hadirin yang kebanyakan orang-orang Melayu terdiri daripada ahli-ahli PAS tidak membantah dakwaan serta lemparan kata-kata kesat dan perkauman terhadap Menteri Besar.

Sama ada mereka tak berani menegur kerana takut menyinggung perasaan “rakan sebantal itu” ataupun mereka tumpang sekaki suka mendengar kata-kata nista dilempar terhadap Dr.Zambry.

Pendedahan Khusairi yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO negeri merangkap Ketua UMNO bahagian Tanjung Malim tidak dalam perbahasan. Ia adalah berupa soalan (dalam istilah dewan dipanggil minta penjelasan) kepada Menteri Besar sewaktu Dr.Zambry membuat ucapan penggulungan di hari terakhir persidangan ke 12 DUN Perak di Ipoh Jumaat.

Dalam pertanyaan itu Khusairi tidak menamakan wakil DAP melainkan menyebut ada wakil-wakil rakyat DAP menggelar Dr.Zambry sebagai “Menteri Besar hitam metalik.”

Sebelum Menteri Besar sempat menjawab seperti biasa, ADUN Sitiawan Dato’ Ngeh Koo Ham bangun membantah dakwaan Khusairi sambil meminta wakil BN itu tidak menuduh secara melulu.

Tanpa terlebih menunggu reaksi Nga (Khusairi tidak menamakan Nga dalam dewan), Menteri Besar yang kelihatan kecewa dengan perangai wakil rakyat DAP itu bertanya, berkata; ”ada kalangan pemimpin pembangkang yang mempersendakan warna kulit Menteri Besar dengan merujuk pemimpin negeri itu sebagai ‘hitam melatik.”

“Apakah orang yang berkulit cerah sahaja boleh jadi Menteri Besar? Adakah orang kulit cerah macam Pasir Panjang juga boleh jadi Menteri Besar?. Apakah orang kulit gelap tidak boleh,” beliau dipetik bertanyakan Menteri Besar.

Khusairi juga mendakwa “Kita ada rakaman video di mana pemimpin pembangkang ini berucap dengan menggunakan perkataan-perkataan yang mempersendakan Menteri Besar dengan tujuan untuk menghina.

“Kita akan sebarkan rakaman ini dalam bentuk cakera padat kepada orang ramai selepas Dewan ini,” katanya.

Dalam reaksi spontan, Dr Zambry berkata rakaman itu membuktikan pemimpin pembangkang mengamalkan sikap perkauman dengan mempermainkan warna kulit seseorang.

“Di sini saya nak tanya, adakah orang yang berkulit gelap di sebelah sana (pembangkang keturunan India) tidak rasa terhina apabila pemimpin ini mempersendakan warna kulit orang lain sewenang-wenangnya,” beliau bertanya sambil memandang ke arah beberapa wakil rakyat berketurunan India dari DAP.

Menteri Besar kemudian menasihat pembangkang supaya berhenti daripada menggunakan perkataan yang menghina orang lain dalam keseronokan untuk menarik orang ramai mendengar ceramah politik mereka.

Beliau percaya jika pemimpin BN mempersendakan warna kulit orang lain, sudah tentu mereka memperbesarkan isu ini ke seluruh negara. Fikir-fikirkan lah,” kata beliau lagi.

Sebaik berada di luar dewan, Khusairi yang dikerumuni wartawan mendedahkan pemimpin pembangkang itu adalah Nga Kor Ming.

“Nga dalam ceramah anjuran PAS telah berkata “Perak ini ada Menteri Besar hitam metalik yang ha… ja… yang masuk daripada pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor,” kata Khusairi.

Khusairi mendakwa mempunyai bukti kukuh dalam bentuk audio dan visual menunjukkan Nga mengeluarkan kenyataan yang rasis dan bersifat penghinaan.

Beliau mendakwa ia sesuatu yang mengaibkan peribadi Menteri Besar yang tidak sepatut dilakukan.

“Kita tahu ramai rakyat di Malaysia tidak berkulit cerah… ramai rakyat terutama masyarakat India malahan orang Melayu sendiri ada yang berkulit gelap… dan adakah kerana ini mereka ini tidak layak memegang jawatan penting dalam negeri untuk jadi Menteri Besar atau Ketua Menteri ?

“Dia secara agak biadap telah mengeluarkan kenyataan mempertikaikan warna kulit Menteri Besar di mana dalam kenyatan dia mengatakan di Perak ni ada Menteri Besar yang hitam metalik . . .”

Khusairi menambah “Saya rasa kenyataan Nga ini adalah merupakan satu kenyataan berbentuk rasis yang cukup dahsyat… yang disuarakan oleh beliau di dalam ceramah,”

Ini jelas mempamerkan sikap rasis DAP yang sebenarnya.

“Dan kita juga ingin bertanya kepada pemimpin DAP lain yang tidak seputih Nga… ramai di kalangan pemimpin DAP yang berkulit gelap seperti M Kulasegaran dan S Sivakumar, adakah mereka nak mengatakan perkataan dari Nga ini tidak bersikap rasis.

“Ia begitu memalukan pemimpin lain dalam DAP sendiri malah menghina rakyat di negara kita.

“Saya rasa perkara ini cukup menyedihkan kita khususnya dalam sistem politik… dalam negeri yang berbilang kaum dan agama, tapi di kalangan pemimpin dalaman DAP menunjukkan sikap rasis yang keterlaluan dan seolah-olah negara kita mengamalkan dasar apertheid.

Serentak dengan itu Kushairi mencabar Nga supaya mengakui kenyataan beliau dan memohon maaf kepada Menteri Besar.

(Note:Khusairi dalam blognya (Wangsa Setia) dipetik berkata begini: "Di Negeri Perak Darul Kartun ini, kita ada Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah itu masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor tapi kapal selam itu bawa dengan Monggolia bersama".

Begitulah ultra rasisnya DAP. Kenyataan itu diucapkan oleh ADUN Pantai Remis, Nga Kor Meng (foto) dalam satu ceramah di Kampung Bukit Jana, Kamunting, Taiping pada 9 September 2011. Program ceramah itu dianjurkan oleh PAS, dan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu turut hadir.

Ketika saya membangkitkan perkara ini dalam Sidang DUN Perak sewaktu MB Zambry Abd Kadir menggulung Bajet 2012 Negeri Perak petang tadi, Nga Kor Meng nampak pasif, berbeza dengan sikap yang selalu ditunjukkannya.

Kenyataannya di atas bukan sahaja menghina warna kulit Zambry, malahan mencerca rakyat negara ini yang majoritinya berkulit gelap dan sawo matang. Apa yang jelas, bagi Nga Kor Meng manusia berkulit gelap tidak layak memegang jawatan setinggi Menteri Besar Perak.)-AgendaDaily

No comments:

Post a Comment