BAGI A.S, BELANJALAH WANG RAKYAT DENGAN SECARA BERHEMAH DAN BERBALOI ATAS SETIAP SEN YANG DIKELUARKAN.
LAKUKAN SETIAP TRANSAKSI SECARA TELUS DAN JANGAN BERIKAN WALAU SIKIT RUANG PUN UNTUK PUAK PAKATAN HARAM TIMBULKAN ISU WALAUPUN SEKADAR FITNAH!
1. Hanya tinggal beberapa hari menjelang pameran udara dan maritim antarabangsa LIMA 2011 di Langkawi dan saya sudah mula menghubungi sumber-Sumber terapat untuk mengetahui sebarang perkembangan menarik.
2. Bukan apa, saya perlu menyediakan sesuatu bahan yang menarik untuk dijadikan bekal mengorek maklumat di LIMA nanti.
3. Antara yang paling menarik adalah pemilihan pesawat pejuang baru Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang akan menggantikan Mig 29.
4. Nampaknya, Eurofighter Typhoon sah menjadi pilihan favourite TUDM dan bukan Flanker, Rafale atau Grippen.
5. Jika saudara pembaca masih ingat, blog saya ada membuat analisis pemilihan jet ini yang berjudul Superhornet VS Typhoon, blog saya hanya menyenarai pendek dua sahaja calon iaitu Typhoon dan Superhornet tetapi menolak sama sekali pesawat pejuang lain.
6. Walaupun saya sendiri merasa kecewa kerana keputusan akan berpihak kepada Typhoon tetapi bagi saya, baguslah juga, saya cuma tak suka pasal vertical stabilizer-nya tunggal berbanding pesawat lain TUDM yang biasanya berkembar macam Fulcrum, Hornet dan Flanker.
7. Jumlah pesawat Typhoon yang bakal dibeli ialah di antara 18 hingga 36 buah.
8. Pesawat ini adalah lebih mahal dari harga sebuah Superhornet tetapi lebih murah dari pesawat generasi 4.5 atau 5 yang lain.
9. Harga bagaimanapun bergantung kepada spesifikasi dan pakej yang ditawarkan untuk pesawat versi Malaysia.
10.Soal harga bagaimanapun bukan keutamaan untuk pemilihan sesebuah pesawat, yang kita perlu tunggu adalah program offset dan pakej yang bakal ditawarkan kepada Malaysia nanti.
11.Kesian Malaysia ini, dulu mengadap Russia pasal Singapura yang berkiblat kepada Amerika Syarikat menjadi pesaing negara tetapi dengan keadaan hubungan politik KL-Jakarta yang malap dan tidak menentu, Malaysia terpaksa berpaling kepada pembekal Eropah untuk mendapat sedikit kelebihan dari segi kualit dan teknologi.
12.Saya juga menjangkakan negara akan membeli lebih banyak peralatan senjata dari benua Eropah yang sekarang ini berada dalam keadaan yang sangat tenat dan memerlukan bantuan wang tunai.
13.Jika anda semua masih ingat, pembelian Fulcrum yang dibuat dalam tahun 90an juga dibuat semasa Russia berada di dalam krisis kewangan.
14.Saya mejangkakan sebarang pengumuman yang lebih jelas akan dibuat pada penghujung tahun 2012 atau awal 2013.
15.Jika pembelian 36 buah Typhoon menjadi kenyataan, mimpi untuk TUDM mendapatkan pesawat radar amaran awal (Awacs) akan bertambah realistik.
16.Kita akan melihat, perolehan Awacs pada Rancangan Malaysia ke 11 nanti.
17.Ini disebabkan harganya yang sangat mahal iaitu secara kasar RM6-8 bilion untuk 2 atau tiga pesawat Awacs.sumber
Bagus, Tony Phua mesti cadang beli Spitfire (WWII) kerana murah dan senang di ratah oleh RSAF.
ReplyDeleteTak lama lagi...dapat 0.0235% maklumat kat Pakatan Haramjadah ni...Akan jadi spin spoon span spong...
ReplyDeleteMacam macam versi baru Akan keluar.... NFC la, Kapal Selam lah, Cincinnati lah, Royalties Minyak lah, Seksuality Merdeka la, China Doll-lah ( Dollah.?) Dll.
Lawak Bodo piang depa ni...
ARK2
GEMPAR!!!.... Projek Taman Tema Air Di Teluk Bahang. Sila lihat posting terbaru di
ReplyDeletehttp://blogpendekarsiber.blogspot.com/