A.S: MEMALUKAN SUNGGUH! GURU AL-QURAN LULUSAN DARI MESIR BUAT KERJA TERKUTUK MACAM NI! OSTAD ZIZAN BAGI ELAUN TAK CUKUP LAGI KA?
ADAKAH PENCURI NI SEBAHAGIAN DARI PENYOKONG PAS YANG MANA KITA TAU DI MESIR MAJORITYNYA ADALAH DARI PUAK DEPA?
WALLAHUALAM...
Walaupun berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan kini berkhidmat sebagai guru al-Quran sambilan di kampungnya, demi wang seorang lelaki sanggup mengenepikan ‘status’ itu apabila dia dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel telefon bersama dua rakannya di kawasan Kampung Belukar, Changlun, di sini, awal pagi kelmarin.
Suspek yang berusia awal 20-an berasal dari Alor Setar, manakala dua rakannya berusia 28 tahun yang berasal dari Kuala Nerang itu ditahan kira-kira jam 5.30 pagi sejurus selesai memotong kira-kira 70 meter kabel telefon milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan itu.
Lelaki terbabit dikatakan baru pulang ke negara ini selepas tamat belajar di Mesir dan dikatakan turut mengajar al-Quran secara sambilan, tetapi mengambil kesempatan mencuri kabel telefon semata-mata untuk mendapatkan wang mudah.
Jahak sgt nih..potong tange mu nih..Nik Ajis!!!
ReplyDelete