Walaupun Tertekan Dengan Nuar Yang Tak Mau Ngaku, Saiful Tetap Dapat Anugerah Dekan!

Di sebalik cabaran dan dugaan berdepan isu liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih mampu mencapai kejayaan dalam pelajaran apabila menerima Anugerah Sijil Dekan Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.

Beliau yang mengikuti pengajian jarak jauh di UUM cawangan Kuala Lumpur dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa memperoleh purata nilai gred keseluruhan (CGPA) melebihi 3.50.


“Anugerah dekan ini membawa makna besar kepada saya, keluarga dan sahabat-sahabat saya. Ia memberi motivasi dan semangat terhadap saya untuk mengekalkan prestasi ini di samping meningkatkan potensi diri sehingga tamat pengajian.

“Walaupun terdapat beberapa pihak yang memandang hina terhadap saya berhubung kes liwat tersebut yang berjalan lebih tiga tahun, namun saya tetap cekal dan fokus terhadap pelajaran kerana saya juga ingin berjaya dalam hidup,” katanya kepada Mingguan Malaysia pada Majlis Penganugerahan Sijil Dekan UUM di sini hari ini.

Mohd. Saiful Bukhari, 26, adalah antara 72 pelajar pengajian jarak jauh UUM cawangan Kuala Lumpur menerima Sijil Anugerah Dekan dan Sijil Kecemerlangan Akademik universiti itu.

Anugerah disampaikan Naib Canselornya, Datuk Dr. Mustapha Ishak.-utusan

SEKALUNG TAHNIAH DARI A.S!
SAIFUL TETAP TABAH MENGHADAPI DUGAAN DAN BERJAYA MENAMATKAN PENGAJIAN BELIAU DENGAN CEMERLANG.
ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG YANG BENAR!

No comments:

Post a Comment