Akibat Keterbukaannya, Saifuddin Akan Menggantikan DS Najib Sebagai PM Malaysia!

A.S bawakan petikan kronologi kes mahasiswa biadap yang berarak ke PWTC semalam. Tampak jelas, Saifuddin cuba nak jadi hero dengan menyokong tindakan mahasiswa terbabit. Perlu ke?

Saifudin tak fikir ke yang majority yang pergi tu budak melayu yang studynya adakah cukup sempurna?
Kenapa perlu melayan budak-budak biadap itu sebagai tetamu istimewa?

Tambahan lagi, Saifudin dengan leka boleh terlepas pandang yang budak-budak tu senyap-senyap buat 'kerja' turunkan gambar PM?

Nak bagi kebebasan sekalipun tak perlulah hingga dibiarkan maruah parti diperkotak-katikkan sebegitu.

Sebaik sahaja mereka tiba di PWTC, secara tiba-tiba kumpulan mahasiwa terbabit diberitakan cuba dihalang sekumpulan ‘Special Branch’ dan pihak polis.

Namun hasil rundingan beberapa minit dengan wakil kerajaan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sudi turun untuk menerima memorandum BEBAS.

Datuk Saifuddin juga berkesempatan untuk menyampaikan pidatonya yang menyokong usaha mahasiswa menuntut kebebasan akademik.

“Tahniah mahasiswa! Saya akan bersama-sama kamu semua untuk perjuangkan isu ini.”, demikian antara ucapannya.

Diberitakan terdapat juga mahasiswa melaungkan sepatutnya Datuk Seri Najib digantikan dengan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia.-GZBDaily


No comments:

Post a Comment