Kak Jat Nak Letak Jawatan?

Jangan sama sekali letak jawatan jika Kak Jat tak buat apa-apa salah!
A.S nak kata kat kak Jat, jangan takut dan gentar.
Berani kerana benar, takut kerana salah.
Perjuangan memimpin wanita UMNO harus diteruskan.
Kekuatan wanita UMNO amat digeruni oleh pihak lawan. Tiada sapa pun yang boleh menyangkalnya!

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau menerima surat peletakan jawatan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Tidak, saya tidak terima surat itu, tetapi saya akan komen bila sampai masanya," kata Perdana Menteri apabila ditanya mengenai desas-desus bahawa Shahrizat telah mengemukakan surat peletakan jawatan, bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada jawatan dalam kerajaan atau politik.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Induk Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baharu di sini Rabu.

Shahrizat kini berdepan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutifnya apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging.

Sementara itu, Shahrizat ketika ditemui pemberita di majlis Karisma bersama pertubuhan sukarelawan di sini berkata beliau tahu apa yang perlu dilakukannya dan mampu membuat keputusan sendiri.

"Tidak perlu sesiapa gesa saya. Saya tahu apa yang perlu dibuat," katanya apabila ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang mahu beliau meletakkan jawatan berikutan isu NFC itu.

Shahrizat berkata beliau hanya isteri pengerusi NFC dan "daripada segi undang-undang dan profesional, saya tiada kena mengena (dengan kes NFC)."

Antara yang turut bersuara meminta Shahrizat meletak jawatan ekoran isu itu ialah Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh dan Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun.-Bernama

No comments:

Post a Comment