Mahasiswa Geng Adam Adli Hanyalah Minoriti! Jangan Perasan!
A.S amat yakin bahawa kononnya 'mahasiswa' yang menyokong tindakan si biadap Adam Adli dalam kononnya memperjuangkan hak mahasiswa adalah golongan yang amat kecil jumlahnya. Janganlah si Adam perasan bahawa majority mahasiswa merestui protes murahan dan tindakan biadap terhadap PM itu. Lihat dari statistik majlis perwakilan pelajar jelas menunjukkan bahawa pro-aspirasi menguasai dalam kebanyakan universiti awam di Malaysia.
Melalui pengalaman A.S semasa di University dahulu juga jelas memberi pengalaman bahawa majority pelajar ingin menumpukan 100% terhadap pembelajaran bagi mendapatkan segulung ijazah. Terlalu kecil bilangan pelajar yang ingin mengambil 'port' dan mencampuri urusan dalam hal ehwal politik negara. Yang 'over' dan melebih-lebih dari apa yang A.S perhatikan hanyalah mahasiswa dari kaum Melayu saja. Kaum lain??
Mak bapak hantar belajar bagi menggapai cita-cita yang tinggi dalam pelajaran, maka tunaikanlah amanah itu dengan jujur dan penuh tanggungjawab.
Habis belajar esok, buat macam A.S, nak politik sampai tunggang terbalik pun ikut sukalah selagi kita mematuhi undang-undang negara.
Adam Adli tu ambil course yang paling mudah, kacang puteh punya kursus. Kalau aku ambik kursus tu, aku buat dlm setahun, bukan tiga tahun, aku akan grad.
ReplyDeleteJadi ada banyak masa untuk dia buat kerja haram. Kalu ambil kursus teknikal, mampos tak lulus kalau dok buat demo cam tu....