Nasharudin Mat Isa: PAS sudah terpesong dari landasan perjuangannya !!!

Nasharudin Mat Isa:"...jangan sampai pegangan berpandukan al-Quran dan hadis yang menjadi tunjang dipinggirkan kerana terlalu sibuk layan matlamat dan permasalahan. Politik banyak diwarnai persepsi dan ini perlu ditangani dengan teliti. Tanggapan di luar ialah PAS nampak longgar dalam beberapa perkara, ini bahaya”

"PAS mesti kembali berpegang kepada prinsip asal dan jangan semata-mata hendak raikan suasana politik. Kita berpolitik lebih daripada berpegang kepada panduan syarak. Saya tak nak sebut mana-mana pihak atau individu secara spesifik tetapi jika kita sebut pada prinsip, keadaannya harus begitu”

Menurut beliau, Islam agama fleksibel dalam banyak aspek termasuk politik, tetapi jangan sampai “kita menggadai apa yang perlu diberi keutamaan.”

“Kepentingan Islam dan umatnya harus berada di tangga teratas tanpa menafikan hak lain kerana kita dituntut berlaku adil”

No comments:

Post a Comment