Nice! Kejinya politikus yang tidak tahu mengenang budi dan jasa anggota keselamatan

A.S SUKA UNTUK BERKONGSI ARTIKEL INI DENGAN PARA PEMBACA SEKALIAN UNTUK KITA HAYATI DAN INSAFI BAHAWA PENGORBANAN ANGGOTA KESELAMATAN JANGANLAH KITA PERKOTAK-KATIKKAN SAMA SEKALI!

JANGANLAH SAMA SEKALI CUBA UNTUK MENJADI AHLI POLITAIK MURAHAN DENGAN MEMPOLITIKKAN KESEMUA HAL TERMASUKLAH PERKARA-PERKARA MELIBATKAN ASPEK KETENTERAAN NEGARA YANG SULIT DAN TANGGUNGJAWAB POLIS DALAM MENJAGA KEAMANAN NEGARA BERDASARKAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG ADA.

PESANAN INI TERUTAMANYA A.S TUJUKAN PADA GUAN ENG!
DIA SELALU BERBANGGA & CANANG MERATA-RATA BAHAWA INDEKS JENAYAH DI PULAU PINANG MENURUN DENGAN DRASTIK SEKALI. TAHUKAH GUAN ENG BAHAWA INI ATAS USAHA SIAPA? TAHUKAH PERIT JERIH ANGGOTA KESELAMATAN YANG BERTUGAS TANPA KIRA SIANG ATAU MALAM DEMI UNTUK KESELAMATAN/KEHARMONIAN RAKYAT PULAU PINANG?

Saya pernah menghadiri upacara tamat latihan tentera darat dan polis yang di adakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat Port Dickson (PUSASDA)dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL).Melihat para rekrut yang baru tamat latihan sedang berbaris di padang di upacara itu, menimbulkan suatu keinsafan kepada diri saya.Jauh dari dalam lubuk hati, saya berbisik, mereka lah manusia yang bakal meninggalkan keseronokkan hidup di kampung atau di bandar untuk menjaga keamanan negara sedangkan ramai manusia lain di luar sana hidup seronok seronok dan bergembira sehingga lupa untuk mengenang pengorbanan mereka.Manusia lain lupa dan merasa keamanan yang mereka kecapi selama ini datang dengan sendirinya.Mereka juga lupa atau sengaja buat buat lupa bahawa ada insan insan yang sentiasa bertarung nyawa dan berkorban untuk membayar harga keamanan dan keselamatan di negara kita yang tercinta ini.

Rupa rupanya akhir akhir ini ada juga manusia yang bergelar politikus termasuk dalam golongan yang saya sebutkan di atas.Golongan yang tidak mengenang budi dan jasa.Dalam keghairahan mereka mengejar jawatan dan merebut kuasa mereka menjadi rakus dan hidup bermaharajalela.Dalam kerakusan, mereka mengheret pihak keselamatan kedalam kancah permainan politik kotor mereka dan mula berani mempertikaikan segala tindak tanduk anggota keselamatan terutama pihak polis dan tentera.

Kapal selam scorpene tentera laut

Pihak polis lah yang paling banyak sekali menerima tekanan dari politkus jahat dan pengikut nya (yang tidak tahu mengenang budi dan jasa) hingga menyebabkan reputasi dan kerja mereka sering terjejas.Bagi politikus ini apa yang dilakukan oleh pihak polis semua nya tidak kena.Tangkap penjenayah pun di kutuk apa lagi kalau tak dapat tangkap.Semuanya di politik kan.Adakala mereka mendakwa polis itu rasis kerana sering menangkap penjenayah berbangsa India dan Cina .Agaknya mereka mahu polis tangkap penjenayah dengan cara menghamparkan karpet merah.Ketika pihak polis menghalang perhimpunan haram di Kuala Lumpur baru baru ini mereka dakwa pihak polis pro kerajaan dan maha zalim.Tetapi apabila pihak polis menjaga keamanan dan menghalang perkara yang sama berlaku di negeri pemerintahan pembangkang (saperti di Pulau Pinang) tak sebut pula tentang kezaliman polis? Betapa keji dan Hipokrit nya politikus spesis ini…..…

Kapal tempur Sukhoi milik tentera udara

Saya berpeluang mendengar luahan isi hati seorang anggota polis.Dia seorang SB dari cawangan khas Bukit Aman yang di tugaskan mengawal di perhimpunan BERSIH 2.Dia kata “Kerja kami sebagai anggota polis adalah untuk menjaga keamanan bagi pihak pemerintah.Tidak kira siapa dia pihak pemerintah itu.Samada dia kerajaan yang memerintah sekarang atau pun pihak pembangkang yang akan memerintah di masa yang akan datang.Tak kisah lah kalau pihak pembangkang sekarang gelar kami “anjing kerajaan” kerana kerja kami sebagai anggota polis akan jadi “anjing” kepada pihak kerajaan pembangkang juga apabila mereka memerintah kelak.Kami tidak pernah memusuhi mana mana pihak dalam menjalankan tugas.Tetapi cuba bayangkan dan apa perasaan anda apabila politikus jahat ini dan penyokong penyokongnya menggelar kami “ANJING!”

Rejimen artileri Tentera Darat

Kepada pihak tentera pula mereka menghina dengan menuduh di antaranya kapal selam tentera kita tidak boleh menyelam.Angkatan tentera kita ketinggalan zaman .Sedangkan apabila angkatan tentera nak di “upgrade” mereka lah orang yang paling lantang berkata mengapa berbelanja menghabiskan duit rakyat? Nampak sangat politikus jahat ini tidak ada kerja lain melainkan kerja mencari salah dan mengutuk.Kan lebih baik mereka gunakan masa , wang dan tenaga mereka membantu rakyat yang mereka sendiri dakwa ramai yang susah, dari membuang masa dan tenaga menyibukkan diri mengutuk pihak Keselamatan?

Mereka kata saman pesalah lalu lintas tu zalim gak

Saya puji sikap anggota SB yang saya ceritakan di atas.Anggota anggota saperti dia bukan menjalankan tugas kerana gaji semata mata dan mahukan orang mengenang budi dan jasa mereka.Kalau itu yang mereka mahu, mereka akan kecewa kerana ramai manusia terutama politikus jahat ini tidak tahu mengenang budi.Pemimpin pemimpin ternama sekali pun jika hilang kuasa akan di lupakan jasanya.Allah pun pernah menceritakan di dalam al Quran mengenai manusia yang tidak tahu mengenang jasa dan bersyukur saperti maksudnya :

“Dan sesungguhnya Tuhanmu sentiasa melimpah ruah kurnia Nya kepada umat manusia, tetapi kebanyakkan mereka tidak bersyukur”. (Surah Al Naml ayat 73).

Kepada anggota keselamatan teruslah berbuat jasa kerana Allah.Biarkan manusia jahat yang sengaja tidak mahu mengenang jasa anda.Sebagai pejuang berkhidmatlah kepada agama dan negara dengan mengharap keredhaan Allah dan balasan baik dari Nya.Allah tidak pernah mengecewakan hamba hamba Nya yang jujur.Rasulullah pernah bersabda, maksydnya:

“ Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar di puji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah SAW menjawab: “Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak) maka dia berada di jalan Allah”.

(HR Bukhari dan Muslim)

Foto penjenayah yang mati di tembak polis yang di politik kan (Foto : amkbatu.blogspot.com

Tidak di nafikan kepada anggota keselamatan, mereka sebagai insan biasa perasaan tetap terguris apabila di gelar “ANJING” oleh politikus jahat dan penyokong penyokong mereka,namun dengan mengingati keadilan Allah, saya yakin mereka akan dapat mengubati hati yang parah ini.

Wallahu’alam. SUMBER: FITRAHISLAMI

No comments:

Post a Comment