Pakatan Haram Akan Sakit Hati Bila Baca Hasil Kajian Ini!

A.S mengharapkan kajian ini dilakukan dengan menyeluruh diambil dengan sampel dan populasi yang bersesuaian. Usahlah kita didendangkan dengan lagu enak belaka sebelum pilihanraya walaupun kemungkinan apa yang dikaji itu adalah sebaliknya tetap ada.

Namun usaha PM yang aktif dalam penggunaan media sosial tidak siapa dapat menafikannya lagi. Itu juga merupakan satu usaha murni dalam mendekati golongan muda. A.S amat mengharapkan golongan muda sedar bahawa PM yang ada sekarang dah buat pelabagai usaha yang terbaik untuk mereka. Ia bukan sekadar retorik semata-mata, namun adalah fakta dan nyata.

Siapa kata orang muda menolak UMNO/BN??

BN PILIHAN ORANG MUDA!

Dapatan awal satu kajian menunjukkan 70 peratus responden yang terdiri daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) dalam mendekati golongan itu.

Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010 menunjukkan mereka menyambut baik penggunaan media sosial interaktif oleh Najib yang membolehkan golongan itu menghubungi Perdana Menteri secara langsung untuk memberi pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu.

"Hasil kajian saya mendapati 70 peratus belia menyokong kerajaan kerana mereka seronok dan suka dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan menerusi program yang dirangka.

"Ini adalah kuncinya untuk kerajaan mendekatkan diri dengan belia," kata pensyarah Sains politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Che Hamdan Mohamed Razali di sini semalam.

1 comment:

  1. Perjuangan Hassan Ali Dalam PAS Tak Ke Mana, kata Perkasa | http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZJj | http://www.antarapos.com

    ReplyDelete